2013年10月6日 星期日

WTF : KESUNGGUHAN LELAKI CUBA MEMUJUK BEKAS ISTERI MELALUI FACEBOOK (3 Gambar)

Bukan mudah untuk seorang lelaki mengakui kecurangannya serta memohon maaf terhadap isteri atau kekasihnya secara terang-terangan. Namun, berbeza dengan Ivan Lewis, yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula bekas isterinya, Sonya Gore, 40.


Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2010 itu berpisah hanya selepas 10 bulan hidup bersama kerana kecurangan Lewis.

Bagi menebus kesilapannya, Lewis sanggup memuat naik fotonya memegang kertas yang bertulis, �Saya menipu isteri saya!!!(dan dia seorang yang hodoh!!!)� ke laman Facebook bagi memenuhi syarat bekas isterinya itu.

Harapannya, wanita itu dapat menerimanya semula sekiranya foto itu mendapat 10,000 �like� dari para pengguna akaun yang lain.

Bagaimanapun, Gore memberitahu bahawa dia yang mendesak Lewis memuat naik foto tersebut kerana mahu bekas suaminya itu berasa malu dengan perbuatannya itu.

�Saya yang memintanya berbuat demikian. Sebelum itu, dia meminta saya untuk mengahwininya semula. Saya katakan kepadanya, jika awak mahu, nyatakan awak pernah curang di Facebook,� ujarnya.

Foto dan status Lewis yang berkaitan dengan masalah rumahtangga pasangan itu mendapat pelbagai komen yang agak positif daripada pengguna laman sosial itu.

Rata-rata mereka menyokongnya, namun Gore masih belum memberikan sebarang reaksi positif terhadap usaha bekas suaminya itu.

Setakat ini, foto itu sudah menerima 14,050 �like� dan dikongsi sekitar 1,142 kali oleh pengguna lain. Namun, ia masih belum memadai untuk memujuk hati bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya.

Kasihan, teruskan usaha anda Lewis! Sekeras mana pun hati perempuan, ia akan cair juga jika terus dipujuk.

沒有留言:

張貼留言