Tertarik dengan kenyataan Azlan Abdullah, yaitu salah seorang calon bagi jawatan Exco Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia, biarpun beliau belum menyandang jawatan tersebut, namun kenyataan yang dikeluarkan selaku calon pun sudah memberi imej yang baik kepada parti dan secara tidak langsung ia mampu menafikan persepsi bahawa parti Umno semakin dijauhi oleh golongan profesional.
Ini kerana beliau yang merupakan seorang peguam terkenal dan turut mempunyai firma guaman sendiri adalah salah seorang dikalangan profesional yang tetap diterima menyertai Umno malah direstui bertanding sehingga diperingkat pusat, kewibawaan calon muda dari Kelantan ini dijangka akan diberikan peluang oleh para perwakilan yang budiman agar kelebihan yang ada pada seorang profesional ini dapat dimanfaatkan bersama pemimpin lain yang masing-masing turut ada kelebihan tersendiri.
Dengan peluang yang agak wajar diberikan kepada calon seperti beliau demi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair, maka selepas ini sama-sama kita dapat melihat UmnoBN akan lebih mantap bilamana berhadapan dengan pimpinan pembangkang tidak kira walau dalam apa jua gelanggang,
Sebenarnya tidak timbul soal golongan profesional disisihkan didalam Umno, namun pembawaan seseorang pemimpin itu harus bijak menarik perhatian ahli supaya tidak dilihat sombong dan angkuh, jika dengan ahli sendiri pun pembawaan seseorang pemimpin itu gagal, samalah juga apabila berhadapan dengan rakyat.
Berbeza dengan calon No 31 ini, pembawaannya yang bersederhana disamping sikap yang mudah mesra antara faktor keyakinan penulis beliau bakal dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan yang akan diadakan beberapa hari saja lagi. - Bersambung - Sumber KelateToday
沒有留言:
張貼留言