Sejauhmana pemimpin Umno hari ini benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara ? Persoalan ini penting supaya kita benar-benar mendapat jawapan itu berpandukan dengan keberadaan semasa pemimpin itu sendiri, dan sedikit sebanyak ia akan membawa kesedaran pada ahli dan penyokongnya sekaligus melakukan sesuatu demi menyelamatkan wadah perjuangan kepada orang Melayu daripada terus dirosakkan dengan perjuangan yang meletakkan kepentingan peribadi mendahului parti.
Melihat kepada hakikat yang berlaku, Umno sedang menuju kepada jalan kehancuran dengan ianya semakin terpimpin oleh pemimpin yang kebanyakkannya mempergunakan parti untuk mencari keuntungan pada diri sendiri, bilamana perkara itu berlaku bermulalah pertembungan sesama sendiri yang pada akhirnya akan merugikan parti.
Dalam pertembungan sesama sendiri itu pula, kebanyakkan (tidak semua) mereka yang tersingkir samada yang keluar parti atau masih bersama parti tapi menyendiri itu adalah mereka yang lebih ikhlas berjuang daripada yang terus berkuasa, ini pendapat peribadi, jika anda tidak bersetuju punyai pendapat lain sama-sama kongsikan, kerana madah perjuangan bangsa ini lahir bersama jatidiri, roh dan semangatnya, jika perjuangan itu bermatlamatkan mencapai hasrat peribadi, maka perjuangan yang dibawa sesebuah parti itu akan menjadi semakin tidak relevan dan akan luput ditelan zaman.
Itulah yang berlaku hari ini, tapi apabila Umno dikritik dek perbuatan pemimpinnya, ada suara sumbang yang mempertahankan dengan mengatakan pengkritik itu kecewa tak dapat projek dsbnya, so Umno menjadi terus hanyut, ramai yang takut untuk mengkritik bimbang akan dilabel sedemikian namun tidak ramai yang mempersoalkan samada apa yang dikritik itu benar berlaku atau sebaliknya.
Mungkin sebahagian ada benarnya pengkritik itu tidak ikhlas dan punyai kepentingan lain, contohnya mengkritik dengan harapan supaya individu atau organisasi yang dikritik itu dimusnahkan dan dia berpeluang untuk menggantikannya atau mendapat manfaat dari itu, tapi jika kritikkan supaya penambahbaikkan dilakukan, itu mungkin ikhlas dan pengkritik itu ingin melihat sesuatu yang lebih baik dilakukan demi kepentingan umum.
Dalam pemerhatian saya samada secara langsung atau rakaman, veteran, bekas pemimpin dan ahli Umno (orang lama) kebanyakkannya masih mempunyai roh semangat perjuangan Umno dalam diri mereka, sebab itu walaupun keluar atau tidak bersama UMNO, serangan dan kritikkan mereka lebih terarah kepada pimpinan parti bukan dasar parti, bila sebut saja perjuangan mereka lebih suka bercerita perjuangan dizaman mereka, perjuangan dizaman Datuk Harun, pemuda tahan lasak dsbnya.
Dalam nada sebak, kata mereka perjuangan dizaman itu adalah sebenar-benar perjuangan demi agama, bangsa dan negara, mereka tidak mengharapkan projek, malah harta mereka pun sanggup diwakafkan kepada parti, selain itu, semangat setiakawan, ikhlas, jujur dalam berkhidmat menjadikan Umno kuat dan tunjang kepada pentadbiran negara bersama didalam BN, itulah zaman kegemilangan Umno yang digambarkan sudah sukar untuk dikembalikan dan mungkin hanya tersemadi didalam lipatan bahan sejarah di arkib negara selepas PRU14 nanti.
Ini kerana pemimpin UMNO hari ini begitu angkuh dan dikatakan hanya mesra rakyat menjelang pilihanraya semata-mata, selepas itu, rakyat tidak dipedulikan lagi, usahkan rakyat, bekas pemimpin, veteran atau mereka yang sedikit sebanyak membantu BN pun tidak dihiraukan, apakah itu yang disebut perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Sukar untuk generasi hari ini tertipu dengan retorik lapuk seperti itu. Apa yang diperjuangkan sebenarnya ? Apakah perlu untuk kita menyiasat apa sebenarnya yang diperjuangkan..... ?
Apa yang diperkatakan oleh sebahagian bekas pemimpin dan veteran UMNOBN Kelantan pada rakaman video dibawah seharusnya dikaji dan dicari pendekatan atau jalan penyelesaian oleh Pengerusi BN Kelantan agar kesatuan dan usahasama terjalin akrab dengan tidak meminggirkan 'orang lama' yang telah banyak berjasa kepada UMNOBN. Kerana jasa mereka jualah kesinambungan perjuangan itu dapat diteruskan oleh pemimpin angkuh pada hari ini.
Andainya semua pihak mementingkan diri sendiri, dengan mengabaikan masalah berkenaan, selepas pada ini 12 Jun 2013, bolehlah sama-sama kita melihat siapa pula yang akan mengikuti jejak ini, mustahil tidak ada, jika Setiausaha Perhubungan Negeri, Ketua Pemuda Negeri pun melalui jalan ini, ketua cawangan lagilah...
Oleh demikian kembalilah kepada persoalan pokok yaitu, sejauhmanakah pemimpin Umno hari ini benar-benar ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara ? - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
Andainya semua pihak mementingkan diri sendiri, dengan mengabaikan masalah berkenaan, selepas pada ini 12 Jun 2013, bolehlah sama-sama kita melihat siapa pula yang akan mengikuti jejak ini, mustahil tidak ada, jika Setiausaha Perhubungan Negeri, Ketua Pemuda Negeri pun melalui jalan ini, ketua cawangan lagilah...
Oleh demikian kembalilah kepada persoalan pokok yaitu, sejauhmanakah pemimpin Umno hari ini benar-benar ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara ? - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言