Gelombang Tukar Tok Pa semakin kuat, ada sebahagiannya sudah mula mengzahirkan hasrat berkenaan secara nyata, ada secara sinis, namun dikatakan masih ramai juga yang berpendirian tunggu dan lihat.
Pada pendapat anda, relevankah alasan-alasan seperti 1 hingga 6 dibawah untuk menafikan kelayakkan Datuk Sri Mustapa Mohamad sebagai Pengerusi UmnoBN Kelantan ?, secara peribadi saya berpendapat alasan tersebut sebenarnya adalah membuktikan dimana beliau merupakan orang yang benar-benar layak, dengan pengalaman serta jawatan-jawatan yang dipikul itu adalah satu kelebihan untuk beliau terus mengepalai BN di Kelantan.
Namun jika ada mana-mana pemimpin yang ingin diketengahkan itu lebih layak dari beliau apalah salahnya untuk diberikan peluang, persoalannya siapakah yang lebih layak dari beliau ? Setakat ini kita belum nampak lagi orang yang lebih layak, asas yang utama adalah orang yang jujur dan amanah, bukan dikalangan penyonglap, itu paling penting, dan sudah terbiasa dan terbukti telah memiliki kuasa (spt Menteri dan Pengerusi BN) dan berpeluang untuk menyonglap tapi tidak sekali-kali melakukannya.
Itulah sebenar-benar orang yang jujur, kita faham jujur dan amanah belum cukup untuk diiktiraf layak tanpa memiliki muslihat politik keatas pihak lawan, dari segi taktikal dan berani membuat keputusan juga perlu ada, tapi sebagai manusia biasa kita juga perlu akur kepada kelemahan dan kekurangan seseorang, tidak ada yang sempurna, maka yang lebih baik adalah kita memperbaiki yang sedia ada serta mengekalkan perpaduan sesama sendiri dan menghapuskan penjahat yang sebenar-benarnya terutama penyonglap.
Isu mempertikaikan Tok Pa ini timbul selepas pengumuman nama calon PRU13 yang lalu, apa hubungkaitnya kita tak tahu, memang benar ada sebahagian calon yang tidak layak tapi direstui dan diketengahkan oleh beliau, sejak itu beliau mula dilabelkan sebagai 'penakut', disaat-saat akhir ada juga calon 'chipsmore', yang sebelumnya tiada nama tapi keesokannya ada, tapi takkanlah kerana itu penyokong yang ikhlas berjuang terus nak membuangnya ?
Apapun, jika dikatakan Tok Pa dikelilingi kabus yang tebal, yang adakalanya mungkin menutupi pandangan beliau untuk melihat pelangi yang indah selain diperdengarkan khabar-khabar yang baik belaka, ada baiknya jika penentang Tok Pa itu mengubah strategi dan bersatu sehati sejiwa dalam satu suara yang padu, tampil terbuka dengan diri sendiri, kemudian melaungkan satu perkataan yang sama yang boleh menggegarkan sekaligus mengcairkan kabus-kabus yang menutupi itu. (sedia berkerjasama)
Atau jika anda rasa anda punyai idea yang baik, cadangan yang bagus untuk dikongsikan bersama pemimpin, dan khuatir ia tak sampai kepada pemimpin disebabkan kabus yang tebal, bersatulah juga membuka satu ruang tertutup untuk diperbentangkan......., untuk membawa perkara yang baik, InsyaAllah ianya dipermudahkan dan seharusnya mencuba.
Ini kerana dengan suara-suara sumbang yang berpecahan ia langsung tidak mendatangkan manfaat selain membuang masa, tidak ada ciri akan istiqamah, malah bila ada mana-mana pihak yang datang 'menggosok' ia akan mula layu dan rebah dipangku terisi dengan tidak seberapa, itu bukan nilai perjuangan, tapi itu adalah mencari kepentingan, kita tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran, cuma apa yang dihantar itu tidak menampakkan sebarang kebaikkan atau kejujuran untuk dikongsikan bagi kepentingan yang ramai, malah ia lebih bersifat peribadi tertentu.
Sedarlah, ditika bangsa lain bersatu dalam satu suara, kita masih gilakan kuasa idamkan projek berjuta-juta, menegur dan mengkritik pemimpin tidak bermakna membenci, jauh sekali untuk bersetuju menukar pemimpin yang jujur dan amanah selagimana belum hadir pengganti yang layak dan lebih cakna. Bagaimanapun ia juga tidak bermakna untuk membangkang hasrat hati sebahagian dari anda kerana hak kebebasan bersuara dijamin oleh perlembagaan. Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言