2013年10月27日 星期日

SEXY : Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Di Kota London (7 GAMBAR)

Wow. Ambil gambar pra perkahwinan sehingga ke London. Sememangnya Rozita Che Wan adalah seorang diva. Kalau sudah mampu, apa salahnya berhabis sedikit kan? Jurugambar yang merakamkan detik-detik indah Che Ta di London tidak lain tidak bukan ialah Annas Easkey.




SEXY : Ayu Raudhah Sekeluarga Di Kota London (15 Gambar)

Have fun dear :)




Lagi beberapa keping gambar Ayu Raudhah sekeluarga di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



'Jaga Haram' - 6 Tahun Lepas @NajibRazak Dah Cakap, Tapi Sampai Hari Ni Tak Selesai, Mampukah @Zahid_Hamidi Selesaikan ?

Masalah mengenai pengawal keselamatan yang diambil bekerja dengan tidak mengikut syarat yang ditetapkan bukanlah isu baru, hal itu sudah lama berlaku dan mungkin berterusan akan berlaku jika pemimpin hanya beretorik sepanjang masa.

Sedarkah kita ketidakpatuhan syarikat keselamatan disamping sikap sambil lewa kementerian yang berkaitan telah meyatimkan dua anak kecil dengan peristiwa yang cukup tragis, renunglah sejenak tatkala masa demikian hadir buat kita, apakah ketika itu deritanya baru hendak dikesalkan ?

Mengimbau kembali bersabit isu sama 6 tahun lalu, kebanyakkan kenyataan yang dibuat hanya bersifat retorik semata-mata, sedangkan hal yang sama juga berulang hari ini.

Pada 27 Jun 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri menggesa syarikat keselamatan memberi latihan formal kepada kakitangannya dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya perkhidmatan keselamatan dipercayai oleh masyarakat kerana mereka menjaga amanah orang ramai.

"Elok mereka (pengawal keselamatan) melalui latihan formal sewajarnya dengan kurikulum tertentu, kalau mereka lulus barulah mereka dapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan," kata beliau.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Forum Keselamatan Sedunia, Najib berkata, pengawal keselamatan yang berkualiti akan menyebabkan masyarakat berasa lebih selamat.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai betapa mudahnya untuk menjadi seorang pengawal keselamatan syarikat swasta.

Malah, laporan itu turut menyebut dua orang wartawan diterima dengan mudah untuk menjadi pengawal keselamatan tanpa melalui atau memerlukan sebarang latihan.

Najib berkata, kualiti pengawal keselamatan perlu ditingkatkan kerana terdapat beberapa kejadian jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan.

"Maka kualiti perlu ditingkatkan. Saya percaya kementerian berkenaan akan memberi perhatian kepada perkara ini,"

"Jenayah berlaku apabila ada peluang, jadi kita percaya dengan mengurangkan peluang, akan membolehkan kadar jenayah dapat dikurangkan," jelasnya.

PPKKM
Sebelumnya pada 1 Feb 2007, Pengerusi Eksekutif Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Rahmat Ismail meminta semua syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara  supaya meneliti dengan terperinci dokumen pengenalan diri dan latar belakang calon-calon yang akan diambil untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan penipuan oleh pendatang-pendatang asing yang cuba bekerja di syarikat-syarikat tersebut".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Aseh Che Mat bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh KDN.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahmat percaya terdapat 'kekeliruan' dalam laporan kepada KDN mengenai pendatang-pendatang asing yang didakwa bekerja di dalam beberapa syarikat keselamatan terbabit.

Tegasnya, isu tersebut timbul kerana adanya pemalsuan kad pengenalan oleh pendatang-pendatang asing untuk membolehkan mereka memohon untuk berkhidmat di syarikat-syarikat tersebut.

"Saya mendapat maklum balas dari syarikat-syarikat kawalan keselamatan tersebut dan pemeriksaan mendapati mereka menggunakan pengenalan diri yang dipalsukan," tambahnya.

Kad Pengenalan Khas
Pihaknya berharap langkah terbaru KDN mengarahkan semua 150,000 pengawal keselamatan memiliki kad pengenalan pengawal khas dapat mengekang penipuan latar belakang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kad pengenalan khas tersebut turut membuktikan seseorang pengawal keselamatan mendapat latihan sewajarnya serta bebas dari rekod jenayah untuk membolehkan mereka berkhidmat dengan baik dan berdisiplin," katanya.

Adakah saban tahun kita ingin bercakap benda yang sama ? Sukar sangatkah untuk selesaikan isu yang boleh membawa mudarat kepada rakyat ini ?

Laporan Audit
Tahun ini Jabatan Audit menegur Kementerian Pelajaran supaya tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan.

Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatan di premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.

Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah.

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Operasi Khas Jabatan Imigresen
Kelmarin dalam operasi khas , Jabatan Imigresen Putrajaya dan KDN menangkap 14 pengawal keselamatan tidak sah warga Nepal yang bekerja di Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru.

Operasi menggempur 'Jaga Haram' yang dijalankan antara 11.10 pagi dengan 11.45 pagi itu menumpukan pada kawasan sasaran di sekitar perumahan mewah dan pasar raya di pusat bandar itu.

Semua yang ditahan berusia antara 25 dengan 35 tahun.

Mereka gagal mengemukakan pasport dan permit kerja sah, sebaliknya hanya mempamerkan salinan dokumen perjalanan dan pengenalan diri saja, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) semalam.

Hasil pemeriksaan turut mendapati salinan dokumen yang dikemukakan menunjukkan semua warga asing itu sepatutnya bekerja dalam sektor perkilangan.

Namun, permit kerja mereka disalah guna untuk bekerja di syarikat kawalan keselamatan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya, Encik Mohd Izat Mohd Jamil, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki setempat yang bertindak sebagai penyelia dan wakil syarikat kawalan keselamatan terbabit.

Tidak ada sebarang kompromi jika melibatkan isu keselamatan, kementerian berkaitan perlu beri perhatian serius supaya ditahun hadapan kita tidak lagi bercakap isu yang sama, dan yang lebih penting peristiwa kejam yang berlaku beberapa hari lalu tidak akan berulang lag. Anda Mampu Mengubahnya.

SERIUS : Jamal Abdillah Dan Rossa Dapat Gelaran Datuk

Jamal Abdillah yang dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang, hari ini. 


Seorang lagi penyanyi yang mendapat gelaran sama ialah Rossa, yang merupakan penyanyi dari Indonesia. 



SERIUS : Faizal Ismail Letak Jawatan Daripada Hot FM

FBI mengumumkan yang dia meletakkan jawatan daripada Hot FM. Notis perletakan jawatan tersebut bermula hari ini iaitu 24 Oktober 2013.


Namun begitu masih banyak pihak yang tidak percaya akan perletakan jawatan ini. Mungkin kerana FBI seringkali terlibat dalam �Panggilan Hangit�. Banyak pihak yang meneka ini sekadar propa dan perancangan teliti daripada pihak Hot FM.

SERIUS : Nadeem Akui Nora Danish Kekasih Hatinya?

Kalau selama ini kita melihat Nadeem seringkali berdiam diri mengenai status hubungannya bersama Nora Danish, hari ini menerusi akaun Instagramnya, Nadeem dilihat menggunakan kata ganti diri �My Love� untuk Nora. Adakah ini satu pengakuan cinta olehnya terhadap Nora? Nampak gaya memang macam itulah kan?


Malah Nadeem juga menulis bahawa mereka kini sangat bahagia di samping diri masing-masing walaupun sering mendapat �kebencian� daripada lelaki-lelaki di luar sana. Biasalah kalau dah dapat awek secantik Nora Danish, pasti ada yang jeles.

Neelofa Bakal Bersara Daripada Dunia Hiburan Pada Usia 30 Tahun

Walaupun masih muda, Neelofa sudah pun mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu Bellavita. Ini semua adalah persiapan untuk dirinya bersara daripada dunia hiburan apabila usia Neelofa mencecah 30 tahun.


Kini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepada 

Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun.

Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan