2013年10月27日 星期日

Neelofa Bakal Bersara Daripada Dunia Hiburan Pada Usia 30 Tahun

Walaupun masih muda, Neelofa sudah pun mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu Bellavita. Ini semua adalah persiapan untuk dirinya bersara daripada dunia hiburan apabila usia Neelofa mencecah 30 tahun.


Kini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepada 

Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun.

Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan

沒有留言:

張貼留言