顯示具有 rogol 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 rogol 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年9月25日 星期三

JAHAT - Warga Emas 'Pok Loh' Dan 'Pok Min' Sepakat Rogol Dan Cabul Dua Beradik Berusia 10 dan 12 Tahun

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 77 tahun dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku salah mencabul seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lalu.

Mat Amin Hussin atau lebih dikenali mangsa sebagai �Pok Min� mengaku pada tuduhan pindaan mencabul kanak-kanak berusia 12 tahun itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok.

Kejadian berlaku pada jam 2 petang, 27 Julai 2011. Tarikh semalam ditetapkan untuk perbicaraan, bagaimanapun, hukuman diputuskan selepas tertuduh menukar pengakuan.

Tahun lalu, Pok Min dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada tuduhan merogol mangsa.   Perintah lepas dan bebas itu bagaimanapun dibatalkan selepas dirayu pihak pendakwaan pada peringkat Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, setelah diteliti secara maksimum, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan satu kes prima facie di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

�Saya berpuas hati dengan alasan hakim Mahkamah Sesyen dan beliau mempunyai kelebihan menilai serta melihat saksi memberi keterangan di hadapannya. Namun, dengan alasan dan soal balas peguam itu, beliau sepatutnya meminda pertuduhan kepada mencabul,� katanya.

Pok Min sebelum ini pernah ditegur Hakim, Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh ketika prosiding dakwaan terhadapnya, dua tahun lalu.

Pada 2011, rakan Pok Min, Dollah Senik, 72, atau �Pok Loh� dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga adik kepada mangsa cabul ini. Kejadian berlaku di tempat, masa dan tarikh sama.

Fakta kes dikemukakan sebelum ini mengatakan dua beradik yang mengenali dua tertuduh ini dengan panggilan Pok Loh dan Pok Min, menahan mereka ketika berjalan menuju rumah kawan.

Mereka kemudian ditarik masuk ke dalam rumah Pok Min itu. Seterusnya, Pok Loh menarik si adik masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya. Manakala, kakak pula bersama Pok Min di luar bilik. Kedua-dua tertuduh sudah menduda selama berpuluh-puluh tahun dan Pok Min turut menderita sakit jantung dan uluran.

Kes Pok Min dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Azimah Yaacob dan peguam bela, Rosmizan Sulaiman.

2013年4月1日 星期一

Gempar! Penghulu Pas Rogol Janda Dalam Semak Di Bachok

BACHOK � Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

�Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

�Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,� katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.

Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih �miang� bercinta dengan seorang guru.

Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya. Detikperubahan

Kesesatan fahaman yang dibawa Pas berterusan mendatangkan musibah kepada rakyat, antaranya seperti rakaman video dibawah, anda mesti tontonnya demi kebenaran.