顯示具有 orang umno solat tak dapat pahala 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 orang umno solat tak dapat pahala 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年4月9日 星期二

Video - Dr Zakir Naik Sangkal Fatwa Nik Aziz Mengenai 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'

Jika Ulamak terkemuka dunia seperti Dr Zakir Naik mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam diatas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam kedalam bangsa majoriti Melayu, sudah pasti pengiktirafan itu jujur kerana beliau tidak punyai apa-apa kepentingan sebagaimana Ulamak mulut berus Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam satu forum Dr Zakir menjawab soalan mengenai salah faham  tentang Islam yaitu jika Islam agama keamanan, kenapa ia disebarkan dengan pedang, Dr Zakir memulakan bicaranya dengan menjelaskan pengertian Islam, secara ringkas dimana Islam bermaksud mengabdikan atau menyerahkan diri kepada Allah Taala.

"Islam adalah agama yang mahu menyebarkan keamanan ke seluruh dunia, tetapi terdapat beberapa individu yang tidak mahu keamanan didunia demi kepentingan mereka, agar mereka boleh miliki faedah tertentu , demi kepuasan material mereka, dan kita tahu mereka memang wujud".

Sambung Dr Zakir lagi, "dan adakah kamu tahu pada hari ini terdapat 14 juta orang arab yang menjadi penganut agama Kristian koptik, Kristian koptik bermaksud mereka adalah Kristian sejak lahir, jika muslim mahukan, kita boleh tukar agama setiap orang arab pada hujung pedang, namun 14 juta Kristian koptik ini yang berdarah arab adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"

"Dinegara asal saya, muslim telah memerintah India lebih 1000 tahun, jika kita mahukan, kita boleh tukar agama bukan Islam di penghujung pedang, tapi kita tidak lakukannya, hari ini terdapat 80% kaum India yang bukan Islam, 80% kaum India yang bukan Islam ini adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"

Seterusnya Dr Zakir memberi contoh penyebaran Islam dengan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana di Indonesia yang sememangnya tekenal kerana punyai populasi tertinggi orang Islam di dunia, namun Malaysia juga turut disebut oleh beliau biarpun Malaysia bukanlah antara 10 negara yang punyai populasi umat Islam tertinggi didunia.

Pasti kita tertanya apa istimewanya negara kita apabila ia dikaitkan dengan Islam ia menjadi sebutan tokoh Islam terkemuka dunia seperti Dr Zakir ini, sedangkan pemerintahnya dikalangan orang-orang Umno yang disifatkan oleh Ulamak nyanyuk sebagai solatnya tidak mendapat pahala. 

Sedangkan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pentadbiran yang baik disamping penyebaran Islam melalui kebijaksanan apabila penerapan nilai-nilai Islam keatas kaum majoriti yaitu Melayu dilihat mencatatkan perkembangan umat Islam yang agak baik.

Begitu juga dengan pandangan Mufti Perancis yang fasih berdialek 'Kelate' Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn, beliau turut mengtakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, jadi siapalah sangat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk menafikan Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Kerajaan Umno BN ini sehingga tergamak mengatakan orang Umno yang mendaulatkan Islam di Malaysia ini solatnya tidak mendapat pahala dan secara tidak langsung turut mengkafirkannya.

Bagaimanapun terpulanglah kepada penilaian anda untuk mempercayai kata-kata Ulamak nyanyuk yang mempunyai kepentingan politik atau Tokoh Ulamak terkenal dunia yang bebas dan berkecuali tanpa ada apa-apa kepentingan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月8日 星期一

Dr Asri Sindir Nik Aziz Dengan Pahala Orang Yang Menuduh 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'

Ketepatan masa didalam berkongsi Hadis 'berkait' oleh Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin ketika mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menggila dengan fatwa "Orang Umno solat tak dapat pahala" dilihat satu sindiran 'muflis' yang cukup tajam kepada Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz dalam satu kenyataan menyebut "Umno tolak Islam, Umno kena reti kerja buat dia tak dapat pahala, dia (orang Umno) solat tak dapat pahala".

Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah Nik Aziz mempunyai atau memiliki pahala yang cukup banyak sehingga mampu menentukan soal dosa pahala orang lain,

Bagaimanapun, ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus tepung tak berterabur, Dr Asri memainkan peranannya sebagai seorang pendakwah dengan berkongsi sepotong hadis yang berkait dengan 'Orang solat tak dapat pahala" selain dimasukkan kedalam neraka, mereka itu disebut sebagai golongan yang muflis, yaitu golongan orang yang memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Nabi s.a.w bersabda: �Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?� Jawab mereka: �Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta�. 

Sabda baginda: �Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka� (Riwayat Muslim).

Jelas didalam Hadis berkenaan yang tak pernah disampaikan oleh Nik Aziz itu langsung tidak menyebut 'orang Umno', bahkan golongan tersebut adalah sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz sendiri 'JIKA' memaki hamun orang lain atau menuduh orang lain seperti tuduhan Nik Aziz terhadap orang Umno yaitu 'orang Umno solat tak dapat pahala'.

Jadi Nik Aziz kena reti, kerja menentukan dosa pahala orang lain ni bukan kerja Nik Aziz, dan pahala itu juga Allah Taala tidak khususkan kepada orang-orang Pas sahaja, Al-Quran itu diturunkan untuk sekalian umat diseluruh dunia. Jangan nak sempitkan pemikiran rakyat didalam guni derma Pas semata-mata.

Nik Aziz juga jangan berasa yakin dia akan masuk syurga lalu membuatkan dia angkuh, darimana Nik Aziz tahu dia akan masuk syurga secara mutlak sehingga berani menafikan syurga orang lain, dengan serban dan jubah serta amalnya itu belum cukup untuk memasukkan dia kedalam syurga tanpa rahmat Allah Taala.

Bermuhasabahlah kita semua semoga akan beroleh rahmat dari Allah Taala, dan yakinlah dengan hati bahawa mengundi Pas atau menampal poster Pas tidak akan mendapat pahala, sebaliknya untuk mendapatkan pahala ikhlas kerana Allah Taala utamakanlah amalan yang jelas dinyatakan didalam Al-Quran dan juga Hadis.

Daripada membantu Pas nemampal poster lebih baik kita membantu fakir miskin yang lebih memerlukan kerana mereka benar-benar daif, sebaliknya membantu Pas seperti membantu orang kaya yang zalim untuk memecahbelahkan umat. Anda Mampu Mengubahnya.