顯示具有 mustapa mohamad 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 mustapa mohamad 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年8月25日 星期日

Kaki Projek Punca Kontraktor Lari Cemarkan UMNO Di Kawasan @Mustapa_Mohamed

JELI - Jemaah Madrasah Pak Da Wahab di Kampung Gemang, dekat sini, gembira apabila permohonan mereka untuk membina bilik mandi dan tandas baru surau itu diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.

Kelulusan peruntukan berkenaan pada pertengahan April lalu dan diikuti pelaksanaan kerja projek kira-kira tiga minggu kemudian, namun kontraktor dilantik agensi kerajaan terbabit berhenti sekerat jalan dan meninggalkan projek berkenaan dalam keadaan terbengkalai.

Pengerusi Jawatankuasa madrasah itu, Mazalan Ahmad berkata, �Bila kami minta supaya bilik mandi dan tandas baru dibina mengikut spesifikasi projek RM10,000, kontraktor terbabit tidak dapat ikut kehendak jemaah dan lari tinggalkan projek ini,� .

Tambah Mazalan, peruntukan asal dipohon bagi projek itu adalah RM20,000, namun agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) terbabit hanya meluluskan RM10,000.

�Kami perlu bilik mandi dan tandas baru kerana surau ini belum ada bilik mandi manakala tandas pula sudah terlalu daif dan tidak mampu menampung keperluan jemaah.

Difahamkan, kontraktor terbabit bertindak demikian kerana peruntukan diterimanya untuk melaksanakan projek itu hanya RM3,000 dan bukannya RM10,000 seperti diluluskan agensi kerajaan berkenaan.

Perkara itu didakwa didedahkan sendiri kontraktor terbabit selepas Imam madrasah, Mat Zin Harun menegur kualiti kerja dilakukan tidak sepadan dengan spesifikasi projek bernilai RM10,000.

Cubaan mencemarkan imej parlimen Jeli dibawah pimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamad dengan keberlakuan seperti itu seharusnya dibendung supaya ianya tidak terus menular dan memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin tersebut.

Biarpun pada dasarnya projek berkenaan tiada kaitan dengan beliau, tetapi beliau selaku pemimpin dikawasan itu pasti akan mendapat bahananya dalam isi-isi ceramah yang bakal dimainkan oleh pembangkang nanti.

Mustapa atau lebih mesra dipanggil Tok Pa perlu dilihat berimej bersih sepanjang masa baik dari segi keperibadian beliau mahupun kawasan yang dimenangi oleh beliau, tindakan 'kaki projek' membaham wang peruntukkan itu sehingga menyebabkan projek terbengkalai seolah-olah langsung tidak menghormati Tok Pa sebagai pemimpin dikawasan berkenaan.

Sepatutnya 'kaki projek' harus merasa malu dan tidak cuba membuat 'kucar perangai' dikawasan tokoh tersebut, Parlimen Jeli perlu bebas dari anasir demikian supaya ia dapat dijadikan ikon bagi lain-lain parlimen di negeri Kelantan sejajar dengan ketokohan yang ada pada pemimpinnya.

Justeru, perkara ini harus disiasat dan dipastikan supaya ianya tidak lagi berulang sekaligus boleh menghakis keyakinan rakyat kepada Tok Pa, mungkin pemantau khas perlu ditubuhkan oleh Tok Pa bagi memastikan setiap projek kerajaan di parlimen itu dipantau serta tidak lagi mengalami masalah penyelewengan seperti itu.

Dengan itu Parlimen Jeli akan menjadi sebut-sebutan sebagai sebuah Parlimen yang bersih dan bebas dari sebarang aktiviti songlap sebagaimana bersihnya imej Tok Pa dimata rakyat....Lepas tu baru kita fikir macam mana BN nak tawan Kelantan... Anda Mampu Mengubahnya.

Tok Pa keno kato "Demo kalu nop kucar jange wat kucar kg kawe deh!!!"

2013年6月7日 星期五

Video - Lebuhraya Rakyat Tidak Terbina, Lebuhraya Maut Di Jeli Ni Projek Siapa ?

Negeri Kelantan kini menjadi semakin unik, selain tidak terbinanya lebuhraya kutip derma dengan rakyat, Lebuhraya maut pula siap terbina di Jeli, lebuhraya menuju ke gaung sedalam 50 meter ini dibina tanpa diketahui tujuannya yang sebenar, dan sehingga hari ini kita belum lagi mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Sri Mustapa Mohamad .

Samada ia dibina untuk mencipta projek bagi mendapatkan keuntungan kepada individu tertentu ataupun projek terbengkalai, ianya tidak pasti, mungkinkah projek ini dibina terlebih dahulu bagi mengelakkan peningkatan kos sekiranya ia dibina pada masa akan datang ? statusnya masih samar, soalnya adakah pembinaan ini satu keperluan utama rakyat ?

Kelemahan Tok Pa menerajui BN Kelantan semakin diperkatakan oleh ahli Umno sendiri, banyak berlaku penentangan terhadap beliau, Tok Pa juga dikatakan hanya membawa pembangunan di Jeli sahaja dan mengabaikan kawasan-kawasan lain, semua dakwaan itu kita lihat memang benar berlaku, tapi kita tidak tahu apa tujuan dan alasan beliau.

Bagi kita yang tidak memahami bahasa politik yang punyai kamusnya tersendiri hanya mampu tunggu dan lihat, apa yang jelas secara zahirnya Tok Pa adalah seorang pemimpin yang rajin, berdisiplin dan bersih dari apa jua skandal, namun bagi ahli Umno semua itu tidak cukup kerana mereka mendakwa ianya tidak bersifat menyeluruh dan hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, sedangkan untuk menjadi seorang ketua ia perlu adil dan 'rata'.

Kebanyakkan mererka menganggap Tok Pa hanya layak menjadi ketua di Jeli namun tidak layak untuk mengepalai Umno di Kelantan, 

Jika kita melihat kepada keputusan PRU13 lalu, dimana selain parlimen Jeli, Tok Pa turut bertanding di kerusi DUN Air Lanas dan menang dengan majoriti mungkin paling rendah dinegara yaitu 47 undi, bagaimanapun kerusi yang dimenanginya itu termasuk dalam 3 kerusi DUN yaitu Kok Lanas dan Selinsing yang akan difailkan petisyen pilihanraya oleh Pas.

Pada PRU13 lalu BN menang di DUN Kok Lanas dengan majoriti 169 undi manakala di DUN Selinsing  107 undi. Namun kemenangan tipis Tok Pa dikubu kuat dengan majoriti 47 undi selaku pemimpin yang mengepalai BN Kelantan seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap beliau.

Apakah yang dikatakan tidak kena itu juga seakan-akan menyerupai tidak kenanya dengan pembinaan lebuhraya maut tersebut. Sukar untuk diterjemahkan tanpa beliau sendiri yang memperjelaskannya. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年6月6日 星期四

Bukti Keberanian Tok Pa, Semua Projek Di Kelantan Akan Diberi Kepada Parti Bukan Lagi Individu

Kegagalan Barisan Nasional Kelantan selama empat penggal berturut-turut untuk menawan negeri itu daripada Pas telah memaksa Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Sri Mustapa Mohamad melakukan transformasi didalam kepimpinan negeri yang diterajuinya itu.

Mustapa ketika ditemui pemberita hari ini berkata "Kita rasa sudah tiba masanya, perubahan dilakukan keatas Umno negeri memandangkan situasi politik hari ini benar-benar mengharapkan kemenangan BN disetiap kawasan yang ditandingi, walau sebelum ini sudah banyak perubahan dilakukan namun tidak memberikan apa-apa kesan yang boleh dibanggakan"

"Kali ini kita akan memulakan satu pendekatan baru kerana saya fikir sudah tidak ada lagi cara lain yang boleh mengubah persepsi rakyat Kelantan terhadap Umno selain memisahkan pimpinan Umno dengan 'projek', setiap projek atau pembangunan yang dibawa ke Kelantan tidak lagi diberikan kepada orang perseorangan atau pemimpin parti seperti yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya keuntungan daripada projek yang dimajukan itu akan disalurkan bagi dana parti dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti sekaligus membela nasib rakyat".

Menurut Mustapa lagi, sudah lama parti memberi peluang kepada pemimpin, kali ini biarlah pemimpin pula memberi peluang kepada parti, beliau juga berharap seluruh pemimpin dan ahli Umno bersetuju dengan pendekatan itu jika benar pemimpin Umno ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara, oleh itu kita perlu membuktikan kata-kata kita itu bukan sekadar retorik.

"Tidak selamanya Umno akan terus relevan jika kita mengamalkan dengan cara yang sekarang ini, parti nak bergerak tak boleh, peruntukkan tidak mengcukupi, ramai jentera-jentera yang membantu  terpaksa diabaikan kerana kita tidak mempunyai kewangan yang secukupnya, selalunya bila hampir dengan PRU barulah pemimpin nampak muka dan turun padang, perkara ini telah menjemukan rakyat".

 "Sebaliknya jika keuntungan projek itu disalurkan kepada parti, parti akan punyai kewangan dan tidak akan kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan diatas perkara yang boleh membawa kebaikkan kepada parti, selain itu bantuan-bantuan secara berterusan kepada rakyat juga akan dapat diberikan sepanjang masa dan bukan hanya sewaktu hampir pilihanraya semata-mata".

Terkejut sakan kaki projek membacanya, apapun kaki projek masih boleh menarik nafas lega kerana pahlawan mereka tidak seberani itu untuk melakukan perubahan, itu hanyalah rekaan dan gambaran jika seseorang pemimpin itu ikhlas berjuang dan lebih mementingkan parti daripada kepentingan peribadi, kalau ianya boleh membawa kebaikkan kepada parti tak salah untuk pemimpin berkorban.

Tapi berapa orang pemimpin Umno Kelantan yang ada hari ini sanggup untuk berkorban?, sebenarnya jika keuntungan projek tidak diberikan kepada individu (individu/pemimpin hanya makan gaji mengurus) sebaliknya diberikan kepada parti untuk bergerak dan membantu rakyat, ia jauh lebih baik, rakyat pasti akan undi BN, Umno pasti bertambah kuat, tiada politik wang, tiada kepentingan dan tiada perebutan jawatan. Kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Ini tidak, bercakap berdegar-degar memperjuangkan agama, bangsa dan negara, tapi degaran itu semua hanya masa hampir pilihanraya kerana nakkan undi, habis pilihanraya, usahkan rakyat, jentera, penceramah pun tidak lagi dipedulikannya, lepas tu nak suruh orang Kelantan sokong ? bila kalah bikin idea cadangkan nak buat undi pos kepada pengundi diluar Kelantan, mahu tidak dibenci rakyat! sepatutnya pemimpin tu perlu berubah biar rakyat betul-betul yakin, barulah mereka akan sokong.

Orang Kelantan ni bukannya bodoh, tengok masa PRU11 yang lalu, masa imej Pak Lah dilihat bersih dan digambarkan dengan 'Mr Clean', Pas hanya mampu memerintah Kelantan dengan kelebihan satu kerusi, disitu bukti rakyat Kelantan nakkan perubahan, dan perubahan mereka bergantung kepada perubahan pemimpin, kalau pemimpin dan konco-konconya macam penyangak, macammana rakyat nak sokong?

Pemimpin yang memang terkenal dengan rembatan puluhan juta duit fakir miskin pun rakyat Kelantan boleh maafkan jika benar-benar nampak berubah dan meyakinkan rakyat, buktinya pemimpin itu menang pada PRU13 yang lalu walaupun dengan majoriti yang kecil. Jadi sedarlah apa sebenarnya yang rakyat mahukan. Cukuplah beretorik dengan ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara, kerana rakyat tak buta dan masih waras untuk berfikir dan menilainya.

Teringat kata-kata Najib masa last datang ke Kelantan sebelum PRU13, katanya "Kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi". Memang sampai bila-bila pun atau sampai kiamat pun takkan tukar selagimana pemimpin tak berubah, kalau orang luar Kelantan tahu sikap sebahagian pemimpin BN Kelantan yang sebenar, pasti selepas ini anda tidak lagi akan memandang serong kepada rakyat Kelantan. Kerana pilihan mereka itu adalah terpaksa....Anda Mampu Mengubahnya.

Pengerusi Perhubungan perlu lebih berani melaksanakan kebaikkan, tunjukkanlah kecintaan anda kepada agama, bangsa dan negara itu melebihi kecintaan anda kepada kepentingan peribadi, berkorbanlah demi agama, bangsa dan negara. Kami yang ikhlas akan terus setia walaupun tanpa projek berjuta-juta.

2013年5月4日 星期六

Video - Amanat Perdana Menteri Khas Untuk Rakyat Kelantan

"Acu cuba Try test sepenggal" Rakyat Kelantan seharusnya menyahut seruan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya mencuba pemerintahan Barisan Nasional selama sepenggal dan menukarnya kempali kepada Pas jika pentadbiran BN itu nanti tidak memuaskan hati rakyat.

Tanpa berusaha dan bertawakkal untuk menjadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam, kita bukanlah tergolong dikalangan golongan insan yang berjaya, sampai bila kita rakyat Kelantan sanggup menjadi bahan 'kecep sajo' kerajaan Pas sedangkan peluang untuk kita mencuba sesuatu yang baru itu ada ditangan kita.

Apalah salahnya kita mencuba, dan secara peribadi selaku bloggers bebas walaupun acap kali juga mengkritik kerajaan BN dengan jujur hati ingin menyatakan dan memberi jaminan dimana jika negeri Kelantan dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad, Gk berkeyakinan negeri Kelantan akan jauh lebih baik dari semua segi dan masa depan generasi muda akan berubah disamping transformasi yang akan dibawa oleh beliau selaku pemimpin yang bersih dari sebarang skandal serta kewibawaannya mentadbir.

Kita jangan merasakan diri kita sudah baik dan sempurna tanpa perlu kita mencari lebih kesempurnaan, dan kita rakyat Kelantan yakinlah dan percayalah, Tok Pa akan memimpin Kelantan dengan mengekalkan dan menambah baik kebaikkan yang sediaada dalam aspek keagamaan misalnya, 

Namun itu tidak cukup selain Tok Pa akan mengembangkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam memastikan misi beliau yaitu anak-anak Kelantan di perantauan dapat pulang menyumbangkan bakti di negeri sendiri didepan mata ayah dan ibu tercinta. Ingatlah segalanya terletak ditangan anda. 

Sungguhpun begitu, pastikan anda memilih calon Barisan Nasional yang berwibawa, jujur dan amanah. Jika sebaliknya abaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月14日 星期日

Video - Dr Asri Dan Tok Pa Sependapat: Nak Jadi Seorang Pemimpin Tak Semestinya Ulamak

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan rendah diri mengakui ilmu agama yang dipelajari beliau tidak tinggi dan setanding dengan ilmu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang didakwa oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Mustapa, untuk menjadi seorang pemimpin tak semestinya ia Ulamak, seorang pemimpin memerlukan ciri kepimpinan yang cemerlang dan bukannya hanya satu sifat sahaja.

Beliau berkata, diakui golongan ulama boleh memimpin tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan. Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan.

"Yang pokoknya (penting) ialah membangunkan negeri perlu selari dengan agama dan kemajuan , buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya dalam satu ucapan bersama jentera BN Kelantan disini.

Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa oleh rakyat Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian bahawa PAS Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Amar dipetik sebagai berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

"Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen (PAS) sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja," katanya.

Biarpun Tok Pa tidak digelar Ulamak atau Tok Guru, namun kenyataan Tok Pa itu dilihat selari dengan pendapat Ulamak, ini kerana Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin juga berpendapat, ciri-ciri menjadi seorang pemimpin ia tidak semestinya seorang Ulamak, Islam tidak meletakkan syarat untuk menjadi seorang pemimpin ianya mesti Ulamak.
Jika ia seorang Ulamak yang sudah tidak berkemampuan darisegi kesihatan mahupun ilmu mentadbir, ianya tidak layak untuk dilantik menjadi pemimpin, Pemimpin sebuah negeri tidak tertumpu kepada duduk di'balaisoh' atau berceramah semata-mata, lebih-lebih lagi ceramah Ulamak yang 85 peratus isi ceramahnya mengajak rakyat kepada Pas bukan kepada Allah.

Bukti gambar diatas turut menunjukkan pentadbiran negeri bukan sekadar punyai ilmu agama yang tinggi sahaja, pentadbiran memerlukan kerjasama dengan pihak luar dalam menjayakan sesuatu projek untuk membangunkan negeri, sudah pasti orang asing seperti diatas tidak tahu bercakap loghat 'Kelate', namun adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' ? Kalau tak tahu berdiri kat belakang je jadi 'tukang perati'.

Jika merasakan persolan mengenai adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' itu satu penghinaan kepada Nik Aziz yang memang tidak tahu bercakap 'Omputeh' itu, bagaimanapula dengan dakwaan Nik Amar yang mengatakan "tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan" kerana disifatkannya tidak mempunyai ilmu agama setinggi Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月4日 星期四

Saman Pertama Tok Pa Terhadap Husam Petanda Awal Kemenangan BN Di Kelantan

KOTA BHARU - Kebangkitan Barisan Nasional di Kelantan tampak jelas dan lebih yakin akan menguasai negeri itu selepas PRU 13 nanti, seakan mendapat suntikan baru, pemimpin BN kali ini dilihat lebih bertenaga dan tidak 'medu' seperti sebelumnya.
 
Tindakan agresif yang dibuat oleh nakhoda BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan memberi tempoh 48 jam kepada pemfitnah beliau yang juga Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa, menguatkan lagi semangat jentera BN sekaligus ia boleh membuka mata rakyat yang selama ini tertutup dengan melihat hanya Husam yang sentiasa tampil menyaman.
 
Husam dalam satu dakwaan beliau menyebut kononnya Mustapa telah memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini. Dakwaan itu dibuat ketika berucap melancarkan gerakan 'K' kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Diatas dakwaan fitnah itu, Mustapa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

"Kita akan hantar dalam tempoh terdekat surat berdaftar kepada Exco kerajaan negeri ini (Husam), portal harakahdaily.net iaitu ketua pengarang dan pengarangnya, kerana mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti dan imej saya, saya pandang berat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam ketegasan sama Mustapa selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang selama ini hanya berdiam diri apabila difitnah turut memberi peringatan sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

"Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut," katanya.

Kali ini nasib Husam terus terumbang-ambing, ura-ura nak lari bertanding di Putrajaya entah apakah perkembangannya, namun dikhabarkan tindakan Husam untuk mendapat perhatian dan meraih populariti itu tidak dilayan dek terselam dengan isu yang lebih besar, apakan daya, semua langkahnya tidak menjadi sepertimana semua projeknya. Anda Mampu Mengubahnya.