顯示具有 info 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 info 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年10月19日 星期六

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza Dapat Sambutan Hangat

Membaca komen di dunia Internet memberikan kesimpulan bahawa konsert Lentera Timur oleh Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya hujung minggu lalu adalah satu kejayaan besar. Rata-rata melahirkan rasa puas hati, gembira dan takjub dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Siti. Memang all out lah senang ceritanya.





Lagi 13 keping gambar Datuk Siti Nurhaliza sekitar konsert Lentera Timur dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Ketahui Luasnya Neraka Jahanam Itu



Ketahui Luasnya Neraka Jahanam Itu

Ketahui Luasnya Neraka Jahanam Itu | Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: �Mengapa aku melihat kau berubah muka?�

Jawabnya: �Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.�

Lalu Nabi SAW bersabda: �Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.�

Jawabnya: �Ya� Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur�an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.�

Nabi SAW bertanya: �Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?�

Jawabnya: �Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.� (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah SAW: �Siapakah penduduk masing-masing pintu?�

Jawab Jibril:
�Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir�aun namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang Shobi�in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa�eir.�

Kemudian Jibril diam sejenak� Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: �Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?�

Jawabnya: �Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.�

Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: �Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?�

Jawabnya: �Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.�

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah

Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Qur�an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :

�Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.�

wallahualam

Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat



Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat | 

Makruh mengikut jumhur ulama� bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.

2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur�an.

3. Membaca dalam raka�at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka�at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka�at yang sama atau dalam dua raka�at.

5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.

6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.

7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.

8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.

9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.

10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.

11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka�at akhir sembahyang fardhu kecuali ma�mum yang masbuq yang ketinggalan raka�at pertama dan kedua.

12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.

13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.

14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.

15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.

16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.

17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT



Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT | 

Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya dalam keadaan yang baik. Namun dalam merebut khusnul khatimah itu, seseorang itu perlulah taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Nya. Dr Fuh mahu berkongsi dengan anda tentang kisah seorang pemuda yang telah keluar berdakwah dan takdir Allah, dirinya telah meninggal duniakerana lemas. Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda tentang gambaran keadaan jenazah tersebut.
Kisah Benar Bermula

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Gambar hiasan

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Maha benarlah firman Allah,


Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah [Ali �Imran: 167-170]

Begitu juga hadith Nabi saw,


Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,�Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya� (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas�ud)

Wallahualam

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat?



Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat? | Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu �keramat�. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A�mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] untuk berjima� di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yang halal. Halal, tentu berarti berpahala.

�Suami wajib menjimak isterinya sekurang-kurangnya satu kali dalam sebulan,� kata Ibnu Hazm, �kalau tidak, berarti ia durhaka terhadap Allah.�

Jika Ibnu Hazm berbicara tentang kewajiban jima bagi suami isteri, Imam Al Ghazali menjelaskan mengenai kepatutannya.

�Sepatutnya suami menjimak isterinya pada setiap empat malam satu kali. Ini lebih baik,� kata ulama bergelar hujjatul Islam itu. Namun, Al Ghazali tidak memaknai batasan itu secara kaku. �Bahkan sangat bijaksana kalau lebih dari sekali dalam empat malam, boleh pula kurang dari itu, sesuai keperluan isteri.�

Lalu jika perlu memilih hari dalam jima, adakah keutamaan malam Juma�at dibandingkan malam-malam lainnya? Dalam hal ini, hadith yang sah dijadikan rujukan adalah riwayat Tirmidzi nombor 496, An-Nasai 3/95-96, Ibnu Majah nombor 1078, dan Ahmad 4/9. Hadith-hadith itu senada, yang terjemahnya sebagai berikut:

�Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Juma�at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendaraan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyu� tanpa sendau gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya.� (HR. Tirmidzi, An-Nasa�i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dari hadith tersebut tergambar betapa besarnya balasan pahala bagi orang yang melakukannya. Yakni �bercinta�, mandi, bangun pagi, berangkat awal ke masjid untuk menunaikan solat Juma�at, [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A�mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] imam dan mendengarkan khutbah dengan tekun. Pahala dalam hadith ini diberikan kepada orang yang melakukan paket enam amal itu, tidak terpisah-pisah. Namun demikian, tergambarlah keutamaan berjima [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A�mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] Jum�at.

Memang ada yang berpendapat bahwa sunnah dalam hadith tersebut adalah �bercinta� pada hari Juma�at (pagi), mengingat mandi Jum�at itu dimulai setelah terbit fajar di hari Juma�at. Namun yang lebih popular adalah �bercinta� di malam Juma�at, sedangkan mandinya boleh saja ketika terbit fajar sebelum menunaikan Solat Subuh berjama�ah.

Abu Umar Basyir di dalam bukunya Sutra Ungu menambahkan, �Di negara yang menerapkan cuti pada hari Juma�at, tentu tidak masalah jika seseorang ingin berhubungan seks pada hari itu. Lalu bagaimana di negara yang menetapkan hari Juma�at sama seperti hari-hari kerja lainnya? Bagaimanapun, hukum sunnah tetap saja sunnah. Jadi itu hanya soal kesempatan melakukannya saja. Jika mampu dilakukan, Insya Allah membawa berkah. Di situlah, pengurusan waktu berhubungan seks menjadi perlu diatur.

Kerana itu boleh saja dilakukan menjelang subuh, atau sesudah solat Subuh. Tiap pasangan suami isteri tentu lebih tahu mana saat yang paling tepat.� Wallaahu a�lam bish shawab. [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A�mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

Firman Allah SWT yang bermaksud: �Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.� (Surah Al-Ruum: 21)

Dipetik Dari � [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A�mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

Wallahualam

Siksaan Wanita Di Neraka Yang Telah Dilihat Rasulullah SAW



Siksaan Wanita Di Neraka Yang Telah Dilihat Rasulullah SAW | Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: �Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, �Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?� Baginda menjawab, �Pada malam aku di Isra�kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan�maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, �Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?� Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,�Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku� ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.�

Rasulullah s.a.w. bersabda, �Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: �Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira� kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Nauzubillah Min Zalik

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW



Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW | 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG �ARAFAH.

�Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba�, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba� hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. �

Wallahualam

Takwim Persekolahan Sesi 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual sesi persekolahan untuk tahun 2014. Berikut adalah takwim pembelajaran dan cuti sekolah bagi setiap negeri di seluruh Malaysia.



Dibawah adalah jadual perincian persekolahan mengikut penggal yang dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B :-
Takwim Persekolahan Sesi 2014

Kumpulan A - Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B - Sekolah-sekolah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.


**Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am

Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta informasi yang berguna kepada guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia � Sabah (Tips Melancong)






Destinasi pelancongan pertama yang ingin dikongsi ialah antara tempat paling favourite aku, iaitu SABAH bah!
Selalunya aku akan ke Sabah atas urusan kerja atau kursus, sesekali sahaja bercuti. Cuma kali ni aku akan kupas dan kongsi beberapa tips dan route dalam bentuk percutian. Terdapat banyak tempat yang menarik di Sabah, dan kali ini nak highlight beberapa tempat yang paling menarik pada aku, mengikut route yang mudah.
Destinasi dalam perancangan kali ini ialah ;
-          Kundasang
-          Kinabalu Park
-          Poring Hot Spring, Ranau
-          �Tagal� Sungai Moroli, Kampung Luanti (Ranau)
-          Desa Dairy Farm (New Zealand ala Malaysia)
-          Tip of Borneo � Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
-          Tanjung Lipat
-          Pulau Manukan
-          Pasar Malam Kampung Air
-          Pasar Filipina
Banyak bukan? Kalau rasa banyak sangat dan tak sempat, sila skip ye..hihihi.
Perancangan.
Okey, sebelum memulakan sesi jelajah, rancang percutian anda mengikut keadaan semasa/cuaca, ye lah, nanti kalau tiba time musim hujan atau cuti sekolah yang pack, jangan menyesal�sebab bercuti di Sabah, masa dan jarak perjalanan ke satu satu destinasi adalah sangat panjang (tapi enjoy!)
Selepas itu, jangan lupa untuk merancang/booking tempat penginapan dan kenderaan.
Nak berjalan-jalan di Sabah ni tak susah, signboard semua mudah dan teratur, dan cara yang paling mudah ialah dengan menyewa kereta, dan pakej sewaan kereta yang ditawarkan juga sangat banyak, cuma Google sahaja dan pilih pakej yang anda mampu. Memilih kereta sewa yang baik dan selesa adalah penting bagi menjamin keselamatan dan memastikan agar tiada gangguan sepanjang bercuti bagi mengelakkan sindrom � Hilang Mood! Haha�
Jom kita mula!

Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia � Sabah

destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 1 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Sampai sahaja di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) (selalunya kira-kira pukul 2.30 ptg) dan jangan buang masa, terus hubungi tauke kereta sewa. Pung-pang-pung-pang selepas check dan berpuas hati, dengan tanpa melengahkan masa, korang terus menuju ke Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kundasang ambil masa lebih kurang  2 jam 30 minit. Bergantung juga keadaan cuaca dan trafik.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 2 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
#Tips : Sedikit hint, keadaan perjalanan ke Kundasang adalah kurang lebih sama dengan situasi jalan ke Cameron/Genting Highland yang berliku-liku dan mendaki sepanjang masa. Sila bertabah dan berhati-hati! Dan lebih baik korang solat dulu kat KKIA / masjid kat sekitar KK sebab jarang perasan ada musollah sepanjang perjalanan ke Kundasang tu.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 4 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Sebelum sampai di Kundasang, singgah sebentar di Pekan Nabalu. Di situ ada pasar kraftangan dan juga menara untuk posing2 camwhore. Hihi.
Di Kundasang ada banyak resort yang korang boleh pilih. Selalunya yang menjadi pilihan ialah
-          Perkasa Hotel (Mt. Kinabalu Heritage Resort & SPA) Kundasang; ataupun
-          Kinabalu Pine Resort (Alpine)
Pemilihan dua tempat penginapan ini adalah � korang takkan regret dengan pemandangan dan keindahan landscape berlatarkan Kinabalu yang sangat awesome!! Subhanallah!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 5 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 6 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Selain itu banyak juga homestay-homestay atau rumah tumpangan di sekitar pekan Kundasang, kena pandai Tanya hencik Google lah ye.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 7 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
#Tips : Make sure korang ada kompas / app yang boleh tunjuk arah kiblat untuk memudahkan korang nak solat icon smile Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong) . Singgah sebentar di Pekan Kundasang, kat situ ada KFC uols!, tapao-lah! Atau boleh beli makanan ringan di kedai-kedai runcit di situ.
Kalau sampai dalam jam 5-6 petang, dah mula gelap, berkabus dan sangat dingin!!! Silakan standby jaket/sweather/selendang. Selepas dah check in tu feeling2 oversea sikit lah lepak-lepak sekitar hotel sambil menghembus nafas berkabus ala-ala winter sonata. Hahaha.
#Tips : Waktu berlalu adalah terasa sangat pantas di Sabah ye, jam 4-5 pagi dah cerah, so tidur awal, nanti menyesal!
Destinasi hari kedua ; Kinabalu Park untuk menyaksikan puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat dengan sejelas-jelasnya, Subhanallah, cantik sangat!! Kat sini nanti korang boleh tengok kegigihan sang porter, penduduk tempatan yang ambil upah tolong angkat barang-barang pendaki gunung, sekali angkat dekat 100 kg, setakat tong gas? Turun naik gunung balik hari je dik�ko mampu? Hahaha!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 8 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 9 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 10 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
#Tips : Bayaran masuk ke Kinabalu Park adalah RM3.00/seorang, dan tiket ini boleh digunakan untuk ke destinasi seterusnya, sila simpan!
Seterusnya, jom ke Poring Hot Spring di Ranau, kira-kira 1 jam perjalanan gak lah dari Kinabalu Park. Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk. icon smile Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong) Kat sini memang meriah dengan orang ramai yang datang dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing untuk mandi air panas. Kalau korang nak privasi, bolehlah bayar dalam RM15 � RM20 sejam untuk bilik tertutup. Sangat selesa dan syiok..!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 11 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 12 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Bila dah puas dan penat mandi, perut pun jadi lapar, ada sebuah restoran kat sini yang dijamin sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan. Namanya Rainforest Restaurant. Makanannya memang sedap, saiz hidangannya pun besar, harga? Standard harga tempat pelancongan lah..huhuhu!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 13 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 14 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Selepas tu boleh sambung perjalanan ke �Tagal� Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terkenal dengan fish massage. Tempat ini di Ranau juga, lebih kurang 15 minit dari Poring Hot Spring. Bayaran masuk adalah RM5.00 seorang untuk di�massage� selama 20 minit. Mula-mula tu ada gak rasa takut / geli nak kena �urut� ni tapi lama-lama tu baru rasa enjoy. Lagi enjoy dari amoi! Erkkk�. Hihi!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 15 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Selepas itu boleh patah balik ke Kundasang untuk ke

(DDF) a.k.a New Zealand Malaysia. Korang jangan tergezut lak dengan keadaan jalan masuk ke DDF yang agak mencabar tu. As long as korang nampak signage lembu DDF, percayalah yang itu adalah jalan masuk ke situ. Hehe. Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang.
Kalau timing baik, boleh tengok sekali proses perahan susu lembu (selalunya jam 3.00 petang), dan jika cuaca sangat baik, viewnya adalah sangattttt New Zealand, feeling2 drama Dejavu Kinabalu juga!! Hahaha..
#Tips : Keadaan angin di sini bukan sepoi-sepoi bahasa tau, tapi�derasnya sehingga boleh menutup pintu kereta! Tapi memang nyaman sekali sebab udara yang sangat fresh!!!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 16 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu, sila-silakan singgah di Pekan Kundasng semula, sekitarnya ada gerai-gerai menjual sayur-sayuran yang sangat segar, crispy dan manis. Memang lain rasanya dari sayur kat pasar biasa! Huhu! Cuba-cuba juga cari Buah Tarap kat Kundasang. Orang kata sedap. Ala-ala rasa durian + cempedak / nangka.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 17 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Dalam perjalanan kembali ke Kota Kinabalu, sambil-sambil buat confirmation untuk hotel penginapan di sana, jangan lupa singgah di Tamparuli (yang femes amos lagu Jambatan Tamparuli tuuuu!) untuk melawat ke Rumah Terbalik. Haaa� Ya betul, semua terbalik, perabot sampai ke kereta kat porch dia tu pun terbalik. Jangan pening sudah. Hehehe..
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 18 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Kalau penat nak singgah makan seafood di Pasar Malam Sinsuran, atau Jesselton Point, atau jalan-jalan area Kinabalu Waterfront, duduk hotel, order Pizza je lah! Huhu!
#Tips :  Kat KK takde PHD (1300-82-2020) tapi ada Pizza Hut je (1300-88-2525). So jangan buang masa call nombor PHD :p
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 19 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Pada keesokan paginya, jelajah diteruskan ke Tip of Borneo � Tanjung Simpang Mengayau yang terletak kat Kudat. Memang sangat jauh perjalanan, lebih 3 jam dari KK. So, kalau tak larat, sila skip! FYI, Tip of Borneo ni terkenal sebagai salah satu �tanduk� negeri Sabah (sila tengok peta ye) dan tempat pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan serta Laut Sulu.
#Tips : Kalau korang nak ke Kudat, lebih berbaloi rasanya kalau korang stay 1 malam sebab ada banyak masa untuk mandi laut, melawat Gombizau Honey Bee Farm, Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse), Kampung Sumangkap Gong Factory etc.
Pada sebelah malamnya, sampai kembali di KK, jom dinner kat Tanjung Lipat. Sedap makanannya dan macam-macam ada, dari seafood, sate, BBQ, kuih-kuih, banyak lagi laa. Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah dulu kat Pasar Malam Kampung Air (area Bandar KK; ia bukan kampong, tengah Bandar je sebenarnya, tapi dulu2 kampung lah�) yang ada jual macam-macam barangan berasaskan mutiara macam kerongsang, butang baju melayu, gelang tangan, jam tangan, etc. Di sini juga ada jual baju-baju tshirt pelancong tu yang murah-murah. Ala-ala downtown pun ada jugak, tapi tutup awal daa!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 20 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Aktiviti terakhir yang dicadangkant ialah Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kos dia dalam RM25 seorang + caj untuk goggle mask dan life jacket dalam RM5 per item + service tax + bayaran masuk ke pulau. Tak hingat la bape hengget.. Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah Krabi :p
#Tips :  Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga yang perlu  dibawa mandi sama-sama. Penting ni!
Akhir sekali, sebelum pulang kereta sewa, dan berlepas pulang ke Semenanjung, perkara paling best ialah, shopping di Pasar Filipina dan juga Pasar Ikan Masin disebelahnya yang terletak di tengah-tengah bandar KK. Barangan di sini macam sama juga di Pasar Malam Kampung Air, mutiara, kain batik, barang perhiasan kerang-kerangan, mutiara, kraftangan, baju tshirt, dam macam-macam lagi. Jika anda pernah datang sekali ke sini dan kenal dengan salah seorang peniaga di sini, jangan lupa untuk bersikap ramah dan meminta nombor telefon beliau, mana tahu bila datang lagi boleh dapat diskaun lagi�sebabnya minta nombor telefon? Peniaga-peniaga dalam pasar itu akan buat rotation lokasi kiosk masing-masing dalam masa 1-2 bulan sekali. Strategi dan adil katanya! Hahaha! Apa-apa je lah!
#Last Tips : Sila pastikan anda bukan berhati lembut untuk tawar menawar di kedua-dua pasar ini. Hahaha. Kelebihan memujuk dan merajuk adalah sangat berkesan, kecuali jika musim cuti/pelancong yang pack � memang bo-layan lah korang merajuk ke apa, ada diorang kisah??! Ahaha..
Last sekali, sebelum pulang juga, singgah sebentar di Tanjung Aru, makan seafood lagi, ada cendol, ABC, Jeli Kelapa dan yang wajib beli � JERUK-JERUKAN! Hahaha.
Itu sahaja kot. Selamat bercuti�. Bule bha kalo ko!!! Hihihi!

2013年10月18日 星期五