顯示具有 ibrahim ali 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 ibrahim ali 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年7月4日 星期四

Video - Ibrahim Ali Luah Kekecewaan Terhadap BN, Tak Kena Gaya Lompat Lagi

Datuk Ibrahim Ali meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang dikatakan telah meminggirkan beliau dan lebih mementingkan golongan penentang. Rasanya bukan setakat Ibrahim Ali yang merasakan demikian, bahkan ramai lagi kerana itulah hakikat sebenar yang diamalkan oleh kepimpinan UmnoBN.

Dijangkakan lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak Tok Him, selain kumpulan NGO, penulis blog juga tidak terkecuali, kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada, daripada hancur bertahan tanpa dikenang, lebih baik membangkang demi keadilan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

2013年4月16日 星期二

Video - Ibrahim Ali: "Saya Akan Bertanding Tiket Bebas, Mungkin Pakai Simbol Katak Puru"

KOTA BHARU - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas  sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau juga akan bertanding kerusi Dun.

Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

�Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,� kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu  disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa. Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih Pakai.

�Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,� katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.