顯示具有 hudud 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 hudud 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年4月30日 星期二

Video - Nik Amar: Exco Dan Wakil Rakyat Hanya Istihar Harta Kepada Nik Aziz Sebab Tiada Harta

Layakkah Pas untuk menawarkan pahala dan syurga kepada penyokong mereka ? Tentunya sama sekali tidak layak, jika ia berlaku! Itu semua sesat lagi menyesatkan. Asasnya jelas, Pas hanya bercakap saja tentang Islam, tapi perlaksanaan tidak ada, setakat nak bercakap, burung gembala kerbau pun boleh bercakap jika diasah lidahnya.

Salah satu prinsip Islam ialah mengamalkan ketelusan, apakah ada ketelusan diantara pimpinan didalam Pas ? Perkara yang paling pokok dalam pentadbiran ialah menjaga amanah rakyat serta memperjalankan tanggungjawab yang telah diamanatkan.

Namun begitu, kenapa pimpinan Pas takut untuk mengistiharkan harta mereka kepada rakyat selama mana mereka memegang tampuk pemerintahan, sedangkan kita semua tahu Pas sering melaung-laungkan dasar Islam dan akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya mereka diberikan kuasa.

Sebelum perlaksanaan hukum Hudud, ada baiknya rakyat mengusulkan supaya pemimpin-pemimpin Pas ini mengistiharkan harta mereka supaya ia boleh dijadikan asas akan keikhlasan Pas didalam melaksanakan syariat Allah itu, tidak kena sakan kiranya terus terkam untuk perlaksanaan hukum Hudud tanpa memperlihatkan kelayakkan mereka didalam melaksanakannya.

Nilai-nilai keadilan, jujur dan amanah perlu ada bagi setiap pemimpin Islam, tanpa membuktikan nilai-nilai itu bagaimana kita boleh percaya mereka benar-benar dikalangan orang yang layak, antara kelayakkan yang perlu ada, WAJIB pimpinan Pas istihar harta mereka, buktikan yang mereka berpolitik bukan untuk mengumpul harta dan kekayaan, mereka benar-benar ingin perjuangkan Islam, mereka tak sempat nak bermewahan selain mereka sentiasa takut kepada Allah.

Jika itu telah Pas lakukan, maka tidak syak lagi akan niat ikhlas pemimpin mereka dan tidaklah rasa kekok, meluat nak muntah jika dengar mereka sebut 'sokong Pas boleh pahala', dan sebagai umat Islam kita wajib mengundi mereka, jika sebaliknya Undilah Barisan Nasional. Anda Mampu Merngubahnya.

Hentikanlah alasan bodoh, sesungguhnya ia begitu jumud lagi lapuk dan sama sekali tidak boleh dipakai.

2013年4月27日 星期六

Video - Nik Aziz: Daripada Kita Hilang Kuasa Politik Lebih Baik Kita Tangguhkan Hudud

Enakmen jenayah Syariah perlaksanaan hukum hudud telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, jadi apa sebenarnya yang menghalang kepada perlaksanaan hukum hudud ini ? Soalan berkenaan diajukan oleh hadirin kepada Exco kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Menurut Nik Amar, perlaksanaan hukum hudud terhalang disebabkan pimpinan Pas lebih takut kepada Perdana Menteri ketika itu yaitu Tun Dr Mahathir Mohamad daripada takut kepada Allah, namun selepas Tun Mahathir berundur dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudian Datuk Seri Najib Tun Razak, hukum hudud tetap juga tidak dilaksanakan.

"Tok Guru (Nik Aziz) berpendapat lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan ini, kerana kita takut, kerana kita tahu Dr Mahathir boleh buat apa sahaja, jadi pada pandangan Tok Guru, daripada kita hilang kuasa politik, lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan (hukum hudud)". Kata Nik Amar

Jadi disini jelas kuasa politik lebih penting daripada hukum hudud, benar, sebelum dapat kuasa, tanpa kuasa politik, hudud tak dapat dilaksanakan, namun bila dah dapat kuasa takut pula hilang kuasa, jadi sampai bilakah alasan demi alasan ini akan digunakan untuk menipu orang-orang yang pendek akalnya.

Sebelum ini Prof Aziz Bari menjelaskan, untuk melaksanaan hukum hudud, perlembagaan negara tidak perlu diubah, sebab itulah Pas gunakan alasan takut kepada Tun Mahathir dan tidak gunakan lagi alasan 'perlembagaan mesti diubah'.

Sedarlah kita semua bahawa Pas mempergunakan agama demi kepentingan politik mereka, dan perlaksanaan hukum hudud ini tidak akan terlaksana dibawah pemerintahan Pas,. Anda Mampu Mengubahnya.