Menjelang 24 Julai hari pengundian di PRK Kuala Besut, Calon Pas, Azlan Yusof @ Endut kelihatan tidak bermaya, semangat 16:16 yang diperjuangkan beliau sebelum ini tidak lagi diungkapkan, begitu juga dengan rayuan supaya pengundi memilih beliau tidak kedengaran.
Rakaman terkini Che Long yang baru saja dibebaskan dari tempat persembunyian itu tidak menggambarkan beliau seorang yang kuat, mungkin kalau Che Long tahu situasi begini yang akan dilalui, dari awal lagi Che Long tidak sanggup untuk bertanding.
Itu belum lagi kalau menang dan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri dsbnya, perwatakkan perlahan Che Long itu hanya akan menjadi 'bahan' pada sidang DUN nanti, kerana boleh dikatakan kesemua Adun lebih agresif samada dari kerajaan mahupun pembangkang.
Andai pengundi merasa simpati dengan Che Long, eloklah jika tidak mengundinya, kerana undian anda kepada Che Long hanyalah akan membebankan dan menyusahkan beliau semata-mata. Difahamkan sebelum ini Che Long sendiri tidak mendapat gambaran sebenar mengenai tugas seorang wakil rakyat. Dengan keadaan fizikal dan mental Che Long itu, mustahil Che Long mampu melaksanakan tugasnya dengan sempurna jika beliau dipilih untuk menjadi seorang wakil rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Che Long jawab "Tak cek sampai tangga tulah, tunggu 24 ni, tak sempat nak buat kajian lagi"...kahkahkah, nyaknyok sungguh Che Long
PRK KUALA BESUT - Dalam tinjauan kami di satu-satunya kawasan yang cuba Pas jadikan isu pada PRK Kuala Besut iaitu di Kampung Layout, Tok Saboh dimana Pas menuduh kerajaan Barisan Nasional secara zalim telah meroboh dan merampas tanah rakyat dikawasan berkenaan.
Namun setelah kami menemui beberapa orang penduduk bagi mengenalpasti dan mencari maklumat secara langsung dari rakyat, ternyata isu berkenaan tidak sebagaimana yang Pas mainkan, ia hanya melibatkan seorang sahaja keluarga yang berdegil setelah diberikan notis untuk berpindah sebanyak 3 kali.
Pendedahan eksklusif menerusi rakaman video tentang keadaan sebenar yang berlaku akan diterbitkan seketika nanti disinidan disini.
Sebelum kami meninggalkan lokasi, kami turut bertanyakan kepada penduduk disitu mengenai harapan BN untuk mempertahankan DUN berkenaan, salah seorang antara mereka dengan penuh yakin Nawi Razak 61, (gambar) berkata BN masih mampu untuk menang pada PRK ini malah majoriti kemenangan BN juga turut akan bertambah.
"Mesti menang, sebabnya orang disini tiada masalah, masing-masing dapat menikmati segala kemudahan yang kerajaan sediakan, calon BN pula orang muda dan profesional, saya tidak lihat rakyat akan menolaknya, tapi saya tengok sokongan rakyat semakin bertambah".
Beliau juga turut melahirkan rasa kekesalan terhadap Pas yang mengambil kesempatan terhadap Azlan Yusof @ Endut dengan mempertaruhkannya sebagai Calon Pas di DUN yang menjadi kubu kuat BN.
"Pas ni liar, cerdik dia, sebab Pas tahu memang dia takkan menang disini, dia letak Che Long tu sebab Che Long duit banyak, jadi Pas tak perlulah keluar belanja yang besar untuk mereka kalah, Che Long ni bukan tahu apa pasal politik, rakyat tak yakin dengan dia, dan semua orang tahu Pas hanya nak gunakan dia saja".
"Kalau nak kira, ramai lagi calon yang lebih layak dari Che Long untuk Pas letak, macam Zawawi, (Bekas ADUN) Wan Azhar, ( Yang Dipertua PAS Besut) mereka ini lagi layak, hinggakan Nafisah (calon Pas PRU13) sampai menangis tak dipilih sebagai calon".
Begitulah tafsiran majoriti besar penduduk disini, dengan PRU13 yang baru saja dua bulan diumumkan, tak mungkin 2435 pengundi BN akan mengubah pilihan mererka dalam tempoh sesingkat itu.
Kalaupun Che Long menang dalam PRK itu nanti, apa yang Che Long boleh perjuangkan untuk rakyat di Kuala Besut ini ? Bolehkah Che Long berbahas dalam sidang DUN itu nanti ? Ya lah, Che Long sendiri pun disifatkan sebagai 'kurang pandai' serta diarahkan supaya tidak bercakap, macammanalah Che Long nak berhujah nanti ?, takkan satu hal pula nak gajikan orang mengawasi Che Long bercakap ?
Pastilah pengundi Kuala Besut tidak mahu sakit kepala untuk ambil risiko itu, kerana jelas Pas hanya mempergunakan Che Long kerana duitnya bukan kerana kelayakannya, untuk apa diperjudikan nasib dan masa depan rakyat Kuala Besut hanya semata-mata memilih Che Long yang mulutnya sudah dikunci. Anda Mampu Mengubahnya.
Che Long diarahkan bercakap tidak lebih dari 3 minit, dimana maruah dan kelayakkan Che Long untuk menjadi seorang wakil rakyat ?