顯示具有 anwar 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 anwar 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年8月16日 星期五

Najib Sahkan Anwar Reka Cerita

SHAH ALAM - Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan BN dan PR.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, dakwaan berkenaan hanyalah �daya imaginasi� kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan PRU13 dan mempertikai keputusan tersebut.

�Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

�Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,� katanya dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu �ciptaan dan rekaan� demi kepentingan politik pihak pembangkang.

Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

2013年8月12日 星期一

Video - Patutlah Dah Lama Tak Dengar Anwar Cabar Najib Berdebat, Rupanya....

Apa sebenarnya yang cuba hendak di-spin oleh portal milik pembangkang ini ?  Pada awalnya portal Malaysiakini mendakwa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.

Tapi, setelah Jusuf Kalla menyatakan Anwar telah memungkiri janji diatas perkara yang diusahakan oleh Anwar sendiri sebelum pilihanraya umum 5 Mei lalu ekoran enggan menerima keputusan PRU, Anwar lantas mempertahankan langkah tersebut sebaliknya menyalahkan Najib kerana mendakwa Najib tidak menandatangani perjanjian.

Kalau benar apa yang didakwa iaitu Najib cuba berbaik dan memulakan usaha bagi membentuk kerajaan perpaduan, relevankah dakwaan tersebut jika Najib tidak tandatangani perjanjian ? Kenapa Najib tak tandatangani perjanjian jika Najib berhasrat sepertimana yang didakwa ?

Sementara itu, memetik laporan portal Asia Sentinel yang membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai, "Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu."

Andaian, pelbagai andaian boleh dibuat, tapi sejauhmanakah kebenaran mengenai andaian itu ? Bagaimana pula 'riak' Anwar bila memperkatakan mengenai Najib? Apa sebenarnya yang berlaku diantara mereka?........ Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月19日 星期日

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Nafsu Cari China Doll

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nafsu cari china doll, selain dari penglibatannya dalam krisis yang berlaku di Lahad Datu, kenyataan ingin bersara sekiranya PR gagal ke Putrajaya yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu membuatkan beliau terpaksa mencari jalan supaya kekal relevan bagi meneruskan angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Demi menutup kata bohongnya yang ingin bersara itu dan meneruskan matlamatnya untuk menjadi PM, Anwar mencari helah dengan mencipta isu bagi memburukkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya serta menuduh sistem pilihanraya tidak dilaksanakan dengan adil dan kemenangan BN adalah dengan undi Banglasia.

Namun malang sekali, tuduhan beliau itu hanyalah tuduhan semata-mata tanpa sebarang bukti yang mampu untuk dibuktikan kepada rakyat jauh sekali untuk dibuktikan kepada mahkamah, Anwar merasakan politiknya sudah cukup licik untuk 'cover' kenyataannya yang ingin bersara. Tapi kita yakin ramai rakyat sudah dapat membaca taktik beliau ini.

Asas kepada perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau dengan mudahnya akan bersara selagimana hayat dikandung badan, tapi untuk tidak menampakkan kenyataannya yang ingin bersara itu sebagai bohong, maka pelbagai lagi rekayasa yang akan ditimbulkannya.

Ketika berucap di Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi Anwar berkata "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan,".

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat,".
Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月16日 星期四

Video - Anwar Terdesak Jemput Amerika Perangi Malaysia Seperti Iraq Beralasan Demokrasi

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.

Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月5日 星期日

Anwar Alami Tekanan Mental Tak Dapat Terima Keputusan PRU 13 Disyor Ke Tanjung Rambutan

DAMANSARA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telus dan adil.

"Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRU13 di sini, sebentar tadi.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kemampuan SPR menangani masalah pengundi hantu yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum kali ini.

"Saya minta SPR siasat pengundi hantu yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar," katanya.

Kenyataan beliau itu anehnya dibuat selepas keputusan PRU 13 diumumkan dan tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat, jika berpihak kepada PR sudah pasti tidak akan timbul sebagaimana yang ditimbulkan itu.

Seolah-olah mereka cukup baik dan sempurna untuk memenangi hati rakyat, tapi hakikatnya tidak nampak apa-apa kebaikkan yang dibuat oleh PR yang boleh menyenangkan rakyat, sedangkan Barisan Nasional yang membuat kebajikan dengan berbillion ringgit pun masih kurang dihargai oleh rakyat.

Kita tidak hairan dengan kekalahan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan perbezaan 3,935 undi di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Apalah besar sangat Saifuddin kalau nak dibandingkan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas di Parlimen Bukit Katil apabila hanya mendapat 40,720 undi manakala lawannya calon dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 46,167 undi.

Tapi kalau semua orang bangang macam Anwar, alamaknya huru-hara negara ni, bila kalah tak nak terima kenyataan, elok pergi simpan jer kat Tanjung Rambutan, memang ada something ni!

Bagaimanapun Anwar sebagai seorang yang mengaku muslim, sepatutnya menerima qada' dan qadar, apa gunanya muslim jika tak beriman kepada rukun iman yang keenam itu. Sudah menjadi adat bila bertanding ada menang dan ada kalah, kalau tak nak kalah jangan bertanding, conform takkan kalah.

Nak diikutkan, empat Menteri dan empat timbalan menteri yang tewas ni pun sukar nak terima kekalahan mereka, tapi apakan daya jika itu hakikatnya, terima saja dengan hati yang terbuka tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut tewas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.