2013年10月19日 星期六

Zed Zaidi Bakal Kaji Semula Kontrak Wawa Zainal Dengan MIG



Pernikahan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal benar-benar memberi kesan yang hebat sehingga mendapat perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Zed Zaidi selaku presiden persatuan itu terpanggil untuk mengkaji isu artis dilarang bercinta mahupun berkahwin sepanjang tempoh kontrak dan beliau memandang perkara itu dengan serius.


�Jika dalam sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak asasi manusia.

�Saya tidak nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran,� jelasnya.

Sebagai tidakan mengenai isu ini, Zed Zaidi berkata pihaknya akan mengkaji semula terma kontrak Wawa Zainal sebelum memberi kepastian samaada ianya menyalahi Akta Kontrak Malaysia 1950 � jika ya, kontrak tersebut sekaligus tidak sah.


�Kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit & meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi manusia serta undang-undang negara,� tambahnya.


沒有留言:

張貼留言