Video ini diterbitkan kembali oleh media Pas Kelantan kononnya sebagai pencerahan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung fatwa politik sempena hampirnya pilihanraya yaitu orang Umno solat tak boleh pahala.Dalam satu ucapan ketika berceramah di Kampung Jambu Kota Bharu, Nik Aziz mendakwa segala 'kerja buat' (amalan) orang Umno tidak akan mendapat ganjaran pahala kerana Umno menolak Islam, Umno menolak agama Allah, menurutnya pahala itu diberikan oleh Allah, namun tuhan mana yang nak bagi pahala sebab Umno bergaduh dengan Tuhan,
Terdahulu Nik Aziz menyeru penyokong Pas supaya menampal bendera Pas, kerana dengan menampal bendera Pas pun sudah mendapat ganjaran pahala, kalau tidak ada duit untuk beli bendera, ambil saja guni baja kemudian catkan dengan warna hijau lepas tu tampal, perbuatan tersebut akan mendapat ganjaran pahala.
Pahala 'korok kering' ciptaan Nik Aziz itu seharusnya diberi perhatian untuk mengenali siapa sebenarnya Nik Aziz, ada ke patut buat bendera Pas dengan guni baja pun dikira sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala, kita tahu bagaimana mantik Nik Aziz untuk menghalalkan kenyataan sesatnya itu, tapi ia agak keterlaluan didalam membicara hal politik huduh Pas dengan mengcampur urusan Allah sehingga menafikan amalan solat serta pahala orang lain.
Tidak cukup belajar kat Deoband sudah terlalu Esa untuk menentukan amalan orang, halau jin pun tak lepas ada hati nak jadi Tuhan, setakat penjelasan mendapat pahala itu disebabkan Pas perjuangkan Islam, kita nak tahu Islam apa yang Pas perjuangkan setelah Pas bersetubuh dengan Dap didalam Pakatan Rakyat ?
Apakah Pas maksum tanpa sebarang kesalahan untuk mendakwa tampal bendera Pas itu dapat pahala, adakah untuk menentukan pahala seseorang ianya bergantung kepada penilaian topeng yang digunakan oleh parti tanpa perlu melihat ia disebalik topeng yang digunakan itu.
Urusan dosa pahala ni bukan urusan manusia, dan kita tahu walaupun seseorang itu bersolat, namun jika ia lalai atau lara didalam solatnya, ia juga akan dimasukkan kedalam neraka yang disediakan khas untuk golongan tersebut, bagaimanapun soal lalai atau tidak lalai itu siapa yang boleh menentukannya, adakah kita tahu siapa yang lalai didalam solatnya ? Entah-entah Nik Aziz sendiri pun kita tidak tahu.
Tapi bolehkah untuk kita kata solat Nik Aziz itu solat yang lalai dan akan dimasukkan kedalam neraka 'Wail', jika begitu bagaimana Nik Aziz boleh menentukan solat orang Umno tidak mendapat pahala, Islam yang macammana Umno tolak ? Penolakkan yang bagaimana ? Ada asas ke tidak penolakkan tersebut ? dan banyak lagi perkara yang perlu diteliti untuk menyatakan secara jelas bahawa Umno itu tolak Islam.
Lagipun Nik Aziz tak perlulah menyibuk untuk menentukan dosa pahala seseorang, kerana Allah tak pernah lantik Nik Aziz untuk menentukannya, Nik Aziz tak usahlah bimbang kerana Allah Taala tak pernah silap dalam menghukum dan menentukan seseorang hambanya mendapat pahala ataupun sebaliknya.
Ketahuilah orang yang benar-benar alim dan abid ikhlas kerana Allah pasti tidak berkata-kata secara angkuh dan takabbur, seolah-olah dialah yang memiliki kunci syurga, sebaliknya orang-orang yang mukmin itu sentiasa merendah diri serta takut kepada Allah selain mengajak saudaranya kepada Allah dan bukannya mengajak kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Orang Pas kedekut tak boleh pahala, so orang Pas janganlah kedekut, bagilah derma kat pas tu banyak-banyak, Perhatikan !!! Nik Aziz berfatwa pahala hanya kepada perkara yang menguntungkan Pas
沒有留言:
張貼留言