2013年4月1日 星期一

Video - Nik Aziz Kata Tuhan Tanya "Aku Beri Tangan Mu Pangkah MENATE Apa ?

Benarkah diakhirat nanti Allah Taala akan menyoal hambanya sebagaimana soalan yang diberitahu oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yaitu "Aku buwi (beri) tangan mu pangkah MENATE (binatang) apa?"

Dasyat sungguh soalan, kerana apa ? Kerana Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut, jika begitu macam mana kita nak jawab, adakah bagi penyokong atau pemangkah Pas akan menjawab "Aku pangkoh MENATE Pas atau MENATE Nik Aziz". Begitukah ?

Ganas sungguh ajaran Islam ni ya, perkataan ang digunakan pun boleh mencerminkan fahaman yang bagaimana dibawa oleh seseorang itu, perkataan MENATE, dialek Kelantan, adakah satu perkataan biasa yang beradab ? Gk orang Kelantan, jika anda juga orang Kelantan, apakah perkataan MENATE itu menjadi kebiasaan digunakan oleh anda dan keluarga anda ?

Jika anda panggil anak anda yang bernama Nik Aziz contohnya, Nik Aziz!!!...adakah anak anda yang bernama Nik Aziz itu akan menjawab, "MENATE apa gak ayah", jika begitu perkataan MENATE itu adalah satu perkataan yang beradab dan biasa digunakan.

Namun kenapa Nik Aziz hanya menggunakan MENATE itu bilamana ia berhubung dengan politik iaitu mu pangkah MENATE apa? Kenapa Nik Aziz tak kata "Aku beri mata mu tengok MENATE apa?" Itulah yang menunjukkan agama bila dicampur dengan politik jumud Pas ianya menjadi buruk, rosak, ganas dan memupuk kebencian. Anda Mampu Mengubahnya.

沒有留言:

張貼留言