2013年4月2日 星期二

Video - Bubar Parlimen Esok ? Nik Aziz Kurang Yakin Mampu Pertahankan Kuasa Di Kelantan

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seakan tidak bersedia dan kurang yakin Pas dapat mengekalkan kuasanya di Kelantan jika parlimen benar-benar dibubarkan esok.

Dalam satu kenyataan ketika memberi respon kepada soalan wartawan mengenai pembubaran parlimen akan dibuat esok, Nik Aziz dalam nada tak bersemangat enggan mengulas lanjut selain berkata, "Kira selesai, tiada masalah"

Bimbang reaksi ketakutannya dapat dihidu, Nik Aziz cuba mengalihkan jawapannya dengan mengatakan semua yang dilakukan oleh Umno adalah salah termasuklah membantu meringankan beban rakyat menerusi sumbangan BR1M juga adalah salah.

"Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang, sebab tu dia bagi duit, bagi duit kerana apa ? Samada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram, kalau beri tu upah suruh rakyat undi dia, politik bukan kerja upah, mengundi hak masing-masing, salah belaka Umno".

Bagaimanapun rakyat mungkin agak bingung dengan kenyataan Nik Aziz dan pemimpin pembangkang, mereka tahu kata mengundi itu adalah hak masing-masing, namun masih juga mempersoalkan pemberian BR1M yang diberikan oleh kerajaan BN sebagai rasuah pilihanraya.

Sedangkan rakyat bebas untuk memilih mana-mana kerajaan sekalipun tanpa terikat dengan pemberian BR1M yang disumbangkan oleh kerajaan, sumbangan itu menguntungkan rakyat, dengan keuntungan yang telah diberi buktikan oleh kerajaan yang bertanggungjawab tadi, maka sudah menjadi kewajipan kita setiap rakyat tanpa perlu dipaksa untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara kita, tidak ada sebab untuk kita menolaknya.

Dengan itu Nik Aziz boleh berkata apa saja, seperti yang biasa diperkatakannya yaitu "Beri duit ambil, beri gula kacau, beri kertas undi pangkah bulan", kerana apa yang diperkata oleh beliau itu sudah tidak lagi relevan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kerana rakyat hari ini tidak sebodoh itu.

Rakyat tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata, takkanlah ibu bapa kita yang banyak berjasa kepada kita hendak kita derhaka dan mencurahkan kasih sayang kita kepada orang lain yang langsung tidak berguna malah hanya cuba untuk menangguk di air yang dikeruhkan.

Takkanlah Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita hendak kita kufuri nikmatnya dan menyembah Nik Aziz dengan mentaksubkan diri dan membenarkan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya. Sudah pasti tidak sekali-kali.

Oleh kerana kesedaran itulah Nik Aziz cukup-cukup takut dan terpaksa memberi ulasan seringkas mungkin berkaitan pembubaran parlimen tersebut. Dengan itu juga jelaslah masa depan rakyat Kelantan semakin cerah dengan kebangkitan bersama semangat Gelombang Merah, yang akan mara dan bersinar sebagaimana 'The Red Warriors' yang bangkitnya kerana diolah. Anda Mampu Mengubahnya.

沒有留言:

張貼留言