2013年4月8日 星期一

Umno Solat Tak Dapat Pahala - Nik Aziz Tambah Perkataan 'JIKA', Kendurkan Kemarahan Rakyat - Video

Benarkah kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diputar belit sebagaimana yang didakwa oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz itu. Atau memang Nik Aziz dan gerombolannya pemutar belit.

Setelah pelbagai kenyataan mengkafirkan orang Umno dengan menafikan pahala amal ibadat orang Umno dikeluarkan oleh Nik Aziz, tetiba mereka tanya kepada kita "dimana salahnya ?". Akhirnya Umno jugak yang dipersalahkan atau dengan kata lain semua salah Umno.

Politik seperti ini tidak patut ada dalam negara maju seperti Malaysia, ia sangat memalukan, dengan menambah perkataan "JIKA" semua hal disalahkan keatas Umno, sedangkan Nik Aziz sebelumnya secara jelas memfitnah orang Umno tanpa sebarang perkataan "JIKA" atau seumpama dengannya.

Ringkasan, Nik Aziz ni ulamak apa ? Ular dalam semak pun lebih mulia daripada Nik Aziz, namun jika Ulamak Islam sudah pasti apa yang hendak dihukumkan itu tidak dibezakan antara parti orang Umno ataupun orang Pas, cukup sekadar berkata, "kita umat Islam kalau kita riak dalam amal kita, kita tak dapat pahala".

Apabila Nik Aziz menyebut orang Pas dan orang Umno didalam memberikan sesuatu hukum, ini bermakna Nik Aziz telah membezakan akidah diantara orang kedua-dua parti tersebut, jadi kita perlu tanya balik kepada Nik Aziz, jika Nik Aziz kata diakhirat nanti Tuhan takkan tanya "Mu ni bangsa Melayu ke bangsa arab", jadi apakah Tuhan tanya "Mu ni orang Pas ke orang Umno"?

Kalau bangsa apa pun Tuhan tak tanya, apatah lagi parti, jadi kenapa Nik Aziz lebih utamakan parti berbanding bangsa dan lebih utamakan parti juga berbanding agama. Apabila kita dengan rela mengaku akidah kita didalam kalimah syahadah, siapa Nik Aziz yang nak mempertikaikan akidah kita.

Nik Aziz tak payah nak kalut pasal dosa pahala orang lain, kerana Allah Taala tak pernah lantik Nik Aziz untuk menentukan dosa pahala itu, tak perlu bimbang Allah takkan silap dalam menghukum setiap hambanya, jadi Nik Aziz lebih baik diam dan jika ada sedikit ilmu sampaikanlah mengikut kaedah Islam bukannya kaedah parti Pas yang sesat lagi tidak bertamadun itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Untuk rujukan kesesatan dan fitnah Nik Aziz terhadap Umno ada dalam rakaman video dibawah:

沒有留言:

張貼留言