Royal Caribbean memperlihatkan kapal penumpang terbaru mereka iaitu Quantum of The Seas. Dengan jumlah maksimum 4200 orang penumpang, lebih besar dari beberapa kapal persiaran yang ada di dunia. Ianya kapal penumpang pertama mempunyai gelanggang bumper car, simulator terjunan udara, bilik penumpang terbesar di dunia dan dek peninjau bergerak yang mampu bergerak sehingga 300 kaki dari aras laut.
Dek peninjau North Star ini memberikan pemandangan 360 darjah tanpa halangan. Ianya juga dek peninjau bergerak pertama yang dipasang pada sebuah kapal penumpang. Nampak cool. Quantum akan mula belayar November tahun ini.
Laporan asal Royal Caribbean
沒有留言:
張貼留言