2013年4月19日 星期五

COOL - CAIC WUZHUANG ZHISHENGJI 10 : HELIKOPTER TEMPUR UTAMA CHINA (18 GAMBAR)

Setiap negara kuasa besar mempunyai helikopter tempur utama mereka. Amerika Syarikat mempunyai AH 64D Apache Longbow. Russia mempunyai Kamov KA-52 Black Shark. China pula mempunyai CAIC WZ-10, helikopter buatan tempatan yang sudah beroperasi sejak 2010.  Pada tahun 1994 projek helikopter tempur rekaan tempatan dimulakan bagi mengurangkan pergantungan kepada kuasa luar untuk keperluan persenjataan China.


China mendapatkan bantuan Eurocopter dan Danel bagi memberikan latihan kepakaran. Penerbangan pertama WZ-10 dilakukan pada tahun 2003 dan helikopter ini akhirnya memasuki inventori tentera darat China pada tahun 2010. Ia diperkasakan dua buah enjin dengan kemampuan 1350 kuasa kuda setiap satu. Kelajuan maksimum WZ-10 ialah lebih dari 300 kilometer sejam. Bahagian utama pesawat dilengkapi perisai komposit dan seperti Apache ia berfungsi sebagi pemusnah kereta kebal di medan perang. 


Laporan asal Wikipedia

沒有留言:

張貼留言