2013年2月28日 星期四

Info : Bagaimana Kelip-Kelip Mengeluarkan Cahaya? (2 Gambar)

Mengikut Teori Kawalan Oksigen, cahaya itu berkelip-kelip berdasarkan kawalan oksigen yang disalurkan kepada organ fotik serangga berkenaan, yang digunakan bagi tindak balas kimia itu. Tetapi berdasarkan Teori Pengaktifan Saraf pula, kelip-kelip mempunyai struktur kawalan saraf yang dinamakan �sel hujung trakea�. Apabila berlaku stimulasi, ia membebaskan sejenis molekul mesej kepada organ fotik yang merangsang tindak balas kimia.






Bagaimanapun, hipotesis yang diterima umum menyebut bahawa kelip-kelip mengeluarkan cahaya untuk memberi amaran kepada pemangsanya bahawa serangga itu mempunyai rasa yang tidak enak jika dimakan. Ini kerana ia mempunyai bahan kimia di dalam tubuhnya yang digunakan sebagai penyelamatnya. Selain itu kelip-kelip yang diganggu akan lebih kerap mengeluarkan cahaya.

沒有留言:

張貼留言