2013年1月29日 星期二

WTF : Cara Elak Kereta Anda Kena Saman Parking .


Kali ini saya bawakan tips atau teknik untuk korang yang selalu kena saman parking. Jalan penyelesaian buat anda. WITH LOVE~~~~~~ Muahahahahha

Cara Pertama : Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana longkang tidak pernah diwartakan sebagai tempat parking. Settle! 

Cara Kedua : Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali. 

Cara Ketiga : Lakukan double parking dengan meletakan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker. 

Cara Keempat : Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman kereta anda kerana ia berada di bawah petak parking atau di dalam tanah. 

Cara Kelima : Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam. Done! 

Cara Keenam : Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun. Hahahahah

#Come on, kalau korang ada idea lain letak kat bawah. Berguna juga aku on comment ANON.

沒有留言:

張貼留言