2013年1月31日 星期四

Cool : "Lykan Hypersport", Supercar Pertama Buatan Negara Arab (6 Gambar)

 Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai �2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga �1.5 juta (RM7.26 juta). Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.

Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.

#Kereta aku 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 12sec. Kekadang naik 14sec. Korang?





沒有留言:

張貼留言