顯示具有 sesat 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 sesat 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年5月2日 星期四

Video - PAS - Pahala Atau Spender: Nik Aziz Fatwa Lain Adun Kelaboran Fatwa Lain

Persoalnnya ialah PAS, yaitu Pahala Atau Spender, sebabnya bila dikatakan politik suku agama suku, Nik Aziz kata fahaman itu sesat bahkan syirik, namun bila ada bilal yang menyokong Umno, pemimpin Pas kata sepatutnya pegawai Kerajaan dan bilal masjid tidak terlibat dengan politik.

Yang mana satu betul ni ? Atau puak ni jenis main tabur jer ni, berfatwa sesuka-sukanya, agama digunakan untuk keuntungan politik semata-mata, habis orang-orang kampung diperbodohkan pemimpin Pas, asal orang lain buat semua tak betul, yang Pas buat pulak semua halal walaupun hanya berspender. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月9日 星期二

Nota Rakyat Kepada Nik Aziz Yang Maha Berfatwa

Luahan dibawah dicatat oleh pembaca blog Gk khas untuk renungan Nik Aziz, terima kasih Gk ucapkan diatas luahan saudara Abiddin yang cukup bermakna untuk ditatap oleh Nik Aziz yang terlalu nyanyuk itu. Kata-kata yang dizahirkan oleh Abiddin sangat mendalam dan merujuk kepada realiti sebenar dari apa yang berlaku. Sama-sama kita menghayatinya.

Assalamualaikum..
Main2lah dgn fatwa wahai Nik Aziz Nik Mat.. kau tanggunglah di akhirat nanti membuat fatwa kejahilan sehingga umat Islam keliru dan berbalah.. kau tk buat kerja mendamaikan ummah dan mengajak pd Islam tp kau sibuk untuk berbalah dgn UMNO berbalah dgn parti2 politik.. kau khianat dgn Allah wahai Nik Aziz..

Umur kau pada adatnya sudah lanjut.. kau sepatutnya jadikan diri kau yg dh lanjut usia dan dipuja oleh penganut PAS itu untuk berdakwah cara yg Nabi sampaikan.. Mukharimul Akhlak (akhlak mulia) cara yang Allah suka.. cara yang hikmah.. bukannya taksub dan assobiyyah dgn parti PAS..

Bila bersuara..kau bercakap terlalu RIAK.. kau UJUB dgn manusia.. kau tolak i'tiqad usaha manusia tidak beri bekas pada ketentuan Allah Ta'ala (Ahlul Sunnah Wal Jamaah)..sehingga kau letak perancangan parti kau lebih hebat.. kau letak kudrat kau dan parti kau yg beri bekas pd sesuatu sehingga parti kau sudah tidak kenal Allah lagi pada saat ini..

Wahai Nik Aziz..tidak takutkah kau dengan kematian.. sedangkan kau telah banyak melukakan hati-hati Muslimin lain.. berterusan kau nafi dan kufur dgn nikmat Allah.. kau sesatkan beribu manusia dlm PAS, kau pisah2 jiwa-jiwa manusia dari berdamai hanya kerana TAKSUB pada parti pimpinan kau..PAS..

Aku bimbang kau tak mampu mohon ampun pd beribu manusia yg kau rosakkan pemikiran dan silaturrhaim mereka.. Aqidah fahaman mereka.. apakah kau rasa cukup selamat di Mahsyar nanti dengan kepuasan sekarang?

Wahai anak Nik Mat.. kau terlalu biadab dengan orang-orang yang berselsih pendapat dengan kau.. kau tidak ada adab dalam berkhilaf.. apabila suatu hujah Al-Quran dikeluarkan maka kau gagal menjawab, kau akan beremosi dengan jawapan nafsu.

Kau pamerkan sifat BEBAL dan MENGELUARKAN kata2 kesat semata-mata mahu menakutkan dan menghina pihak lain.. sedangkan Allah SWT itu Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat dan Maha Pengampun.. kau mula bertindak melebihin Zat Allah Yang Maha Esa..

Wahai Nik Aziz.. kau bertaubatlah sebelum pintu tertutup.. kau sedarlah betapa ramai manusia dlm PAS yg menjadi degil dan keras hati serta taksub pada parti yang kau ketuai.. sehingga mereka sgt membenci sesama saudara Islam hanya kerana beza faham.. kemudian disuburkan dengan fitnah.. benci mereka terlalu dalam..

Kau ulang2 fitnah pada UMNO menolak Islam supaya rasa benci marah pengikut PAS dibakar-bakar setiap kali pilihanraya.. sedangkan kau sendiri yang hina HUDUD.. kau tidak benar dalam berkata-kata tentang hukum Allah.. kau berat sebelah dalam mengadili sesuatu masalah.. kau letak PAS seolah-olah seperti agama.. kau tidak pernah fikir dan muhasabah apakah kesan nya, dikampung2 bertelagah dgn penuh jahil.. sedangkan disisi Allah mungkin sebaliknya..

Pernahkah kau menangis mengenangkan betapa ramai insan jahil dalam PAS yang tidak bersolat tapi hanya taksub bernafsu pada PAS?

Kau sangat Munafik..pada UMNO kau hukumkan tolak Islam padahal mereka tidak pernah lakukan.. tapi kau sendiri yang hina dan tolak Islam secara harfiyyah.. kau hina Kerasulan Muhammad Al-Amin.. kerana mahu membela politik Kafir Harbi di Pulau Pinang tentang Maulid Nabi.. 

Kau hina Ke-Esaan Allah Ta'ala sebelum kau U-Turn semula.. Kalimah Allah SWT adalah Tauhid Ketuhanan Allah.. tapi begitu mudah kau permainkan Aqidah bersama sekutu kau Abdul Hadi dan Rejim Pakatan Rakyat.. apakah ini ciri daie? atau kau adalah jelmaan SYAITON yang mahu merosakkan anak Adam?

Semoga Allah beri petunjuk dan pelihara diriku jangan jadi seperti kau.. dan semoga kau diberi hidayah.. jika kau enggan berubah moga AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH BUAT KAU WAHAI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.. AMINN YA ROBBAL A'ALAMIN..

Wallahualam.. - Abiddin

2013年4月8日 星期一

Umno Solat Tak Dapat Pahala - Nik Aziz Tambah Perkataan 'JIKA', Kendurkan Kemarahan Rakyat - Video

Benarkah kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diputar belit sebagaimana yang didakwa oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz itu. Atau memang Nik Aziz dan gerombolannya pemutar belit.

Setelah pelbagai kenyataan mengkafirkan orang Umno dengan menafikan pahala amal ibadat orang Umno dikeluarkan oleh Nik Aziz, tetiba mereka tanya kepada kita "dimana salahnya ?". Akhirnya Umno jugak yang dipersalahkan atau dengan kata lain semua salah Umno.

Politik seperti ini tidak patut ada dalam negara maju seperti Malaysia, ia sangat memalukan, dengan menambah perkataan "JIKA" semua hal disalahkan keatas Umno, sedangkan Nik Aziz sebelumnya secara jelas memfitnah orang Umno tanpa sebarang perkataan "JIKA" atau seumpama dengannya.

Ringkasan, Nik Aziz ni ulamak apa ? Ular dalam semak pun lebih mulia daripada Nik Aziz, namun jika Ulamak Islam sudah pasti apa yang hendak dihukumkan itu tidak dibezakan antara parti orang Umno ataupun orang Pas, cukup sekadar berkata, "kita umat Islam kalau kita riak dalam amal kita, kita tak dapat pahala".

Apabila Nik Aziz menyebut orang Pas dan orang Umno didalam memberikan sesuatu hukum, ini bermakna Nik Aziz telah membezakan akidah diantara orang kedua-dua parti tersebut, jadi kita perlu tanya balik kepada Nik Aziz, jika Nik Aziz kata diakhirat nanti Tuhan takkan tanya "Mu ni bangsa Melayu ke bangsa arab", jadi apakah Tuhan tanya "Mu ni orang Pas ke orang Umno"?

Kalau bangsa apa pun Tuhan tak tanya, apatah lagi parti, jadi kenapa Nik Aziz lebih utamakan parti berbanding bangsa dan lebih utamakan parti juga berbanding agama. Apabila kita dengan rela mengaku akidah kita didalam kalimah syahadah, siapa Nik Aziz yang nak mempertikaikan akidah kita.

Nik Aziz tak payah nak kalut pasal dosa pahala orang lain, kerana Allah Taala tak pernah lantik Nik Aziz untuk menentukan dosa pahala itu, tak perlu bimbang Allah takkan silap dalam menghukum setiap hambanya, jadi Nik Aziz lebih baik diam dan jika ada sedikit ilmu sampaikanlah mengikut kaedah Islam bukannya kaedah parti Pas yang sesat lagi tidak bertamadun itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Untuk rujukan kesesatan dan fitnah Nik Aziz terhadap Umno ada dalam rakaman video dibawah:

2013年4月7日 星期日

Nik Aziz Makin Menggila - �Puak Umno Kalau Nabi Muhammad (SAW) Hidup Balik, Dia Lawan,�

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

�Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,� katanya disambut sorakan penyokong Pas.

Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

�Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam� dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital� semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,� katanya.

Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.

Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.

�Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.

�Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif� Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,� katanya.

Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.

�Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,� katanya.

Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.

�Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,� katanya.