顯示具有 pkr 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 pkr 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年10月28日 星期一

DAH KATA DAH, PKR AKHIRNYA SABOTAJ PAS DI SUNGAI LIMAU!!!




Perangai PKR sememangnya mengalahkan SYAITAN dan IFRIT. Patutlah, Allah Taala jadikan mereka sebagai 'SPECIAL CASE' dengan mendedahkan sokongan PKR sepenuhnya kepada gejala kebebasan seks luar tabie yang tidak terbatas.

Maklumat yang baru diterima, jentera kerja PKR akan MOGOK dan ENGGAN TURUN ke kawasan PDM kerana tidak berpuas hati dengan SPR yang melarang PKR memasang bendera PKR di DUN

2013年7月3日 星期三

Parlimen - DAP Dicadangkan Serah Pulau Pinang Kepada PKR Buatkan Tony Pua Bengang

Pada perbahasan sidang parlimen minggu lalu, isu undi popular sekali lagi dibangkitkan oleh pembangkang, biarpun isu berkenaan terlalu jelas tidak relevan dan bertentangan dengan sistem yang diamalkan oleh negara kita, namun perkara itu tidak diendahkan oleh pembangkang yang dilihat sengaja bermain dengan isu berkenaan dalam usaha mereka untuk meneruskan agenda tersirat mereka yang umum mengetahui ianya ditaja oleh pihak asing.

Ketika isu tersebut hangat dibangkitkan, Ahli Parlimen dari Simpang Renggam memohon untuk  mencelah, menurut pada perkiraan beliau, jika undi popular hendak diguna pakai oleh pembangkang, sepatutnya  DAP perlu menyerahkan  Pulau Pinang yang diterajuinya itu kepada PKR, ini kerana jika sistem undi popular digunakan, PKR lebih berhak menerajui Pulai Pinang dengan mendapat undi popular sebanyak 20.39 peratus berbanding DAP yang hanya mendapat 15.71 peratus.

Bagaimanapun ucapan yang dibuat oleh MP Simpang Renggam itu membuatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang memang terkenal dengan rasisnya bangun dalam bengang dan berkata" Berapa kerusi DAP bertanding?, berapa kerusi PKR bertanding?, tahu kira ke tak.....?"

Dengan jawapan yang bersifat begitu takut jika Pulau Pinang diserahkan kepada PKR oleh Tony Pua itu, jelas kepada kita, dimana segala hal yang dibangkitkan mereka cuma hendak diguna pakai keatas kerajaan untuk menguntungkan mereka semata-mata, sebaliknya jika hal yang sama diletakkan supaya mereka lakukan, pelbagai alasan yang akan diberikan, ini bermakna apa yang ditimbulkan oleh pembangkang hanyalah 'auta' kebudak-budakkan yang langsung tidak boleh diterima oleh rakyat yang berakal waras.

Untuk apa dibangkit dan dipersoalkan "Berapa kerusi DAP bertanding?, berapa kerusi PKR bertanding?" jika sistem undi popular yang hendak digunakan, tak kiralah berapa kerusi bertanding pun, nama lagi undi popular, kira undi popularlah, nak kira kerusi buat apa ? Jika kerusi nak dikira, apa bezanya dengan isu undi popular yang dibangkitkan kepada BN itu ? Anda Mampu Mengubahnya.

2013年6月8日 星期六

Hairie Nak Jual Burung Tiong Yang Boleh Dilatih Untuk Berdebat Dengan Anwar

Sesiapa yang minat dengan burung Tiong Mas boleh pm aktivis terpinggir Hairie Othman, iklan dia nak jual ni belum lagi dipadamkan, dan besar kemungkinan belum dijual lagi, katanya harga RM700 sekali dengan lesen, burung ni bagus untuk dibela kerana mudah diajar untuk bercakap, bila dah pandai bercakap nanti bolehlah dihantar untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim, mungkin burung ni boleh layan apa yang Anwar nak bahaskan, blackout ke, dakwat kekal tak berapa nak kekal ke, tiada masalah.

Bagaimanapun tidak salah jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk membantu membeli burung tersebut memandangkan kenyataan yang dibuat Hairie beberapa hari lalu dimana majikannya (Pas) telah mungkir janji dan sudah tidak lagi menggunakan khidmat beliau. Atas sebab itu beliau terpaksa keluar berkerja dan meninggalkan burung berkenaan kesepian tiada penjaga.

Memetik kenyataan yang dibuat Hairie berhubung status perkidmatannya dengan Pas, beliau berkata, sebagai ketua keluarga, dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur, bayar ansuran kereta dan sebagainya.

"Saya pelik sebaik selesai PRU 13, Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah, Kelantan, Selangor dan Pulau pinang".

"Saya berharap kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor''.

Tambah beliau, senang cerita, kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tender potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie, beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu. Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan. BN masih diberi mandat memerintah.

"Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''

Katanya, sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''.

2013年6月1日 星期六

Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

2013年5月2日 星期四

TONYOK PUNYA JENERAL MAT HASHIM... KAU SELEWENG ASET TENTERA MALAYSIA DI BOSNIA, SEKARANG KAU CUBA NAK CUCI DENGAN SOKONG PKR YER!!!



Mat Hashim telah disiasat oleh Provos Marshall. Ini bermakna kes beliau perlu dibicarakan dalam mahkamah tentera kerana ianya menyalahi undang-undang ketenteraan. Provos Marshall merupakan pegawai di dalam pasukan keselamatan yang bertanggungjawab terhadap polis tentera. Manakala Kor Polis Tentera Diraja pula merupakan sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang Angkatan Tentera

2013年4月29日 星期一

PKR MINTA MAAF? APA BARANG MINTA MAAF DENGAN PECACAI SEPERTI PEMUDA PAS!!!




PKR menolak sekeras-kerasnya untuk meminta maaf kepada Pemuda PAS Pulau Pinang apabila calonnya di Sungai Acheh, Chegu Bard menuduh dan mendakwa ahli-ahli Pemuda PAS telah memukul dan cuba mencederakannya pada hari penamaan calon.

Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini telah menafikan dakwaan dan tuduhan Chegu Bard, sebaliknya berkata, Chegu Bard hanya mencari kesempatan dan perhatian daripada

2013年4月22日 星期一

Video - Hj Hadi Dedah Calon PKR Berfahaman Komunis Dan Pengedar Pil Kuda

Bagaimana individu-individu seperti yang disebutkan oleh Presiden Pas itu boleh berlegar didalam PR sehingga ke peringkat pentadbiran iaitu cubaan untuk diletakkan sebagai calon, kalau setakat tampal poster parti tu bolehlah kita terima lagi, ini boleh terlepas sampai ke peringkat jadi calon ni sudah tahap membahayakan negara ni.

Bila perkara semacam ini boleh timbul didalam pemilihan calon-calon dalam PR, mampukah untuk kita percaya mereka punyai barisan kepimpinan yang baik ? Ini bukan kes terpencil, dapat kita faham dimana disetiap yang berlaku pertindihan kerusi diantara calon-calon dalam PR ia mempunyai masalah seperti yang dijelaskan oleh Presiden Pas itu.

Sejauhmana mereka mampu mengekang masalah ini ? kerana kalau kita lihat Pas sendiri pun gagal untuk membariskan pemimpin mereka dikalangan individu yang berakhlak, sebagai contohnya Timbalan Presiden Pas sendiri yang terkantoi di bilik 121 serta terbaru Setiausaha Agungnya dengan isu skandal 'spender'.

Mereka yang berlatarbelakang tidak mempunyai akhlak ini diletakkan sebagai calon dan pemimpin dalam parti kemudian ia di make-up baik punyer bahkan dinobatkan sebagai ulamak maka seluruh rakyat akan tertipu, namun perkara ini hanya akan terbongkar setelah ianya kantoi.

Bagaimanapun akibat make-up yang dipakai terlalu tebal, walaupun kantoi ia tetap suci dan masih boleh diterima oleh sebahagian penyokong mereka, tapi apa yang kita tahu, jika ia seekor lembu, bagaimana sekali sukanya ia kepada dedak, namun rumput tetap menjadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月5日 星期五

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama

Huru-Hara Didalam Pakatan Rakyat Bermula, Azmin Ali Dilihat Sebagai Punca

KUALA LUMPUR - Parti-parti didalam Pakatan Rakyat dilihat begitu kelam kabut dan tidak mempunyai perancangan yang teratur didalam menguruskan pentadbiran sesama mereka selepas pengumuman pembubaran parlimen dibuat semalam.
 
Keadaan huru-hara antara pemimpin didalam Pakatan Rakyat sudah tidak mampu disorok lagi, terdahulu  PAS Wilayah Persekutuan (WP) melahirkan kekecewaan mereka dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya. .

"PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini, Jumaat.

Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat WP.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.

"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum umum kepada media," katanya.

Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan, Bera dan Setiawangsa.

Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.

Sementara itu Azmin turut mengesahkan dimana Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini
 
Kenyataan yang dibuat Anwar semalam bahawa Wan Azizah tidak bertanding bagaimanapun disangkal oleh anaknya yang juga Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam Khamis, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.

2013年3月6日 星期三

SURAT PANAS JAMBU BARU ANWAR IBRAHIM KEPADA HADI AWANG, SANDIWARA UMNO JUGA KE?





Sepucuk surat bertulisan tangan yang menggunakan nama MOHD FAREEZ KAMAL INTIDZAM yang turut disertai nombor kad pengenalannya sekali 890625-10-5273 serta jawatannya selaku SETIAUSAHA POLITIK ZURAIDAH KAMARUDDIN telah tersiar di beberapa buah blog.

Antara lain isi kandungan surat tersebut adalah memujuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar memujuk Wan Azizah mengundurkan diri dan menyerahkan

2013年2月11日 星期一

DUA BEKAS MUFTI PERLIS AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DALAM PRU13 NANTI!!!




Semakin sah, dua orang bekas Mufti Perlis, telah pun masuk kem Anwar Ibrahim dan bakal mewakili parti Anwar Ibrahim anak beranak dan kekasih itu pada PRU yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.

Menurut maklumat, Dr. Juanda Jaya yang baru-baru ini dikesan telah mengadakan pertemuan dengan Hishamuddin Rais, akan bertanding di Perlis di bawah bendera PKR. Manakala Dr. Asri Zainal Abidin pula

2013年1月29日 星期二

DI AMPAT TIN, TIAN CHUA BERCAKAP DENGAN BUNIAN, DI KUALA TERENGGANU, ANWAR IBRAHIM TERPAKSA BATALKAN CERAMAH SEBAB TAK ADA ORANG!!!







Sahabat Blogger, CUCU TOK SELAMPIT, melaporkan tentang ceramah Tian Chua semalam di Ampat Tin, gagal mendapat sambutan dan menarik kedatangan ramai pendengar. Ceramah yang sepatutnya bermula jam 8:30 malam, terpaksa ditunda ke pukul 10:30 malam. Malah kehadiran Rafizi Ramli yang barangkali cuba menerangkan bahawa dia tidak meminta maaf kepada Zahid Hamidi bagi mengelakkan disaman,