顯示具有 fitnah 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 fitnah 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年8月3日 星期六

PEMBOHONG!!! HARGA GAS TAK NAIK, FITNAH DIBUAT UNTUK NAIKKAN KEMARAHAN!!!





Oleh : JebatTaktik biasa Khawarij dalam menabur fitnah cukup mudah. Semudah 1.2.3. Yang peliknya, yang mempercayai surat ini pun ramai. Malah lebih memelikkan, tanpa sebarang persoalan, sejauh mana kebenaran dan keaslian surat ini tidak pernah ditanya oleh penebar-penebar Fitnah. Untuk makluman pembaca sekalian, kami telah pun menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

2013年7月7日 星期日

RALAT: FLYIERS PROMOSI RAMADHAN TESCO DIFITNAH!!!









Kami di TFK memohon maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan dalam posting sebelum ini.


Setelah tersiarnya posting tentang iklan arak jual murah di TESCO sebelum ini, kami di TFK telah menerima banyak panggilan yang menerangkan bahawa iklan yang dipamerkan itu sebenarnya adalah iklan palsu yang bertujuan agar umat Islam memboikot TESCO dan beralih ke pasaraya-pasaraya yang tidak

2013年5月31日 星期五

Pembongkaran Kesemua Aset Mahathir Berjumlah USD 544 Billion, Bankruplah Negara

Dalam duk membelek dan menganalisis keputusan PRU 13, dimana bandar-bandar utama kecuali Johor Bahru dan Kangar, kesemuanya telah dimenangi oleh pembangkang, kemenangan dikawasan bandar-bandar itu kerana dikatakan semua rakyat dapat akses maklumat dengan tepat menerusi capaian rangkaian internet dan tidak bergantung kepada media yang telah didoktrin dengan suku bersuku.

Persoalannya sejauhmana ketepatan maklumat yang berjaya diakses oleh pengundi dikawasan bandar ? Apakah ia benar-benar maklumat yang tepat yang disajikan kepada mereka? Atau capaian berita fitnah pembangkang yang lebih dasyat ?

Antara beribu-ribu fitnah yang dilemparkan pembangkang, suka kita merujuk salah satunya sebagaimana lampiran print screen dibawah daripada laman page Facebook milik pembangkang yang menyenaraikan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditempat pertama antara bekas-bekas pemimpin negara yang mempunyai aset tertinggi berjumlah $500 Billion. Page FB berkenaan turut membuat pautan link kepada sumber maklumat yang dinyatakan.
Fitnah seterusnya yang dibuat kepada Tun M adalah pemilikkan aset berjumlah $44 Billion, laman web yang tidak berteraskan kepada berita politik dan satu lagi blog pro Pas adalah antara ratusan cybertrooper PR yang telah membuat penyebaran fitnah seperti ini.

Yang anehnya, masing-masing mereka membuat pautan link kepada sumber yang sama yaitu Wikipedia, namun setelah dibuka pautan Wikipedia yang diberi itu, nama Tun M langsung tidak tersenarai sebagaimana yang mereka fitnah.

Sungguhpun begitu, mereka turut melampirkan print screen yang kononnya daripada Wikipedia, dan lampiran itu menunjukkan nama Tun M dengan aset $44Billion tersenarai selepas Hosni Mubarak, agaknya bagaimana penerimaan pengundi dikawasan bandar ? Apakah mereka punyai waktu yang cukup untuk mengkaji perkara ini, sudah pastinya tidak, sebahagian besarnya mungkin mengambil pendekatan untuk mempercayainya dan menghukum BN semasa PRU.
 
Lebih parah lagi  jika ada yang berminda tidak bertamadun seperti individu yang membuat komen dibawah, angkara percaya dengan berita fitnah, siap ajak untuk pergi kerumah Tun M lagi, nasib baiklah negara kita ini masih aman tidak berlaku sebagaimana negara-negara huru-hara yang lain.

Tidak kurang juga pendapat yang mengatakan Tun M telah membeli pengendali Wikipedia menyebabkan nama Tun M sudah tidak disenaraikan, macam-macam komen.
Apapun, kita menganggap ianya satu fitnah, kalau ada maklumat dalam Wikipedia sekalipun, Wikipedia bukanlah satu sumber yang tepat untuk dipercayai 100 peratus, apatah lagi jika tidak ada dan bersumberkan fitnah edit semata-mata. 

Mungkin ramai yang tidak perasan, jika diperhatikan betul-betul pada barisan kedua mengenai Tun M, tulisannya ada sedikit berbeza, dan lebih ketara kecacatannya dari semua senarai yang lain iaitu ejaan Prime Minister of Malaysia, M untuk minister adalah berhuruf kecil.

Apakah pengendali Wikipedia yang tersilap ataupun cybertrooper pembangkang yang tersilap edit. Anda Mampu Mengubahnya.

Hakikat sebenar yang pembangkang tak beritahu pada rakyat ialah:

2013年4月21日 星期日

Video - Rahsia Penipuan Mustafa Spender PRU13 Akhirnya Terbongkar

Semakin hampir PRU 13 maka semakin kencanglah rakyat jelata berbicara mengenai politik walau dimana saja berada, namun antara kenyataan paling kelakar yang sempat dirakamkan ialah "BN selok (ko) doh trip nih, sampai ke nok buat pilihanraya pun takut terpaksa tunggu masa rapat gandar"

Itulah pemikiran yang ditanam kepada setiap penyokong Pas yang pergi mendengar ceramah-ceramah Pas dan menyebarkan kepada masyarakat sekitarnya, persepsi, andaian dan fitnah adalah antara sumber yang sering dilontarkan kepada pemimpin dan kerajaan BN.

Namun adakah kita patut membiarkan mereka terus tersesat dengan cara mereka berfikir yang telah dicemari dengan dakyah songsang itu, justeru penyokong Pas perlu tahu bahawa BN masih kukuh dan soal tarikh PRU itu ianya perlu dilihat dalam konteks yang luas dan cerdik.

Setakat andaian spender pun boleh diandaikan, samalah juga dalam satu ceramah spender Setiausaha Spender Pas Datuk Mustafa Ali @Spender  yang mengatakan PRU 13 akan dipanggil awal sekitar Februari hingga April 2012 kerana difitnahnya Perdana Menteri terlibat dengan kes Altantuya, dan untuk mengelakkan PM diheret menjadi saksi kes tersebut, PM terpaksa mengumumkan PRU 13 dengan segera. Akhirnya spender cap 'boyo' jugak yang terbongkar.

Kesimpulannya adalah serba tak kena, buat PRU awal difitnah sebab takut kerana terlibat dengan kes Altantuya, bila buat lewat dikatanya BN sudah lemah dan takut nak buat PRU awal, akhirnya kedua-dua fitnah itu tersasar dari realiti yang berlaku.

Diatas kebijakkan seorang PM mentadbir ia tidak mempedulikan apapun tohmahan yang dibuat keatas beliau, mungkin kerana pengalaman luas beliau menyebabkan beliau cukup matang dan tidak menjadikan mahkamah sebagai sarkas politiknya.

Hendak dijelaskan kepada pencacai PR yang sedang merapu-rapu dimana Perdana Menteri Malaysia tidak sebodoh pemikiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Najib jadi PM bukan sebab nafsu meroyan macam Anwar nak jadi PM, tapi Najib ada misi dan visinya serta tahu tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang namanya akan disematkan didalam catatan sejarah negara.

Buktinya Najib seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin serta amanah didalam melaksanakan tugasnya adalah beliau meletakkan tempoh masa beliau berkhidmat sebagai PM dan memastikan setiap misinya terlaksana tepat sebagaimana yang dirancangnya, bukan macam Nik Aziz, jika ditanya bila nak buat hudud, Nik Aziz jawab "Nanti dulu, sekarang ni tak boleh sebab Umno ada duk berdiri, lampu merah lagi, bila lampu hijau dan Umno tumbang kita buatlah".

Kalau Najib pakai formula tu jugak gamaknya melingkuplah negara, sebaliknya Najib meletakkan tempoh genap 4 tahun beliau sebagai PM untuk beliau melaksana, mencipta dan mencapai antara 100 perkara yang telah dirancang oleh beliau, dan pada saat-saat akhir sebelum genap 4 tahun beliau menjadi PM, beliau masih lagi berkerja dan berusaha untuk mencapainya antara seperti berikut:

15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

Jadi kita perlu tahu pentadbiran ni bukan perkara main-main, menjadi PM juga bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu angan yang besar, tetapi ia perlu ada KPI, dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab ia bukan sekadar hebat dipentas ceramah dan bercakap kosong untuk diukur oleh rakyat, tetapi ia perlu dinilai kepada realiti apa yang dilaksanakan dari apa yang dijanjikan itu ditepati. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月4日 星期四

Saman Pertama Tok Pa Terhadap Husam Petanda Awal Kemenangan BN Di Kelantan

KOTA BHARU - Kebangkitan Barisan Nasional di Kelantan tampak jelas dan lebih yakin akan menguasai negeri itu selepas PRU 13 nanti, seakan mendapat suntikan baru, pemimpin BN kali ini dilihat lebih bertenaga dan tidak 'medu' seperti sebelumnya.
 
Tindakan agresif yang dibuat oleh nakhoda BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan memberi tempoh 48 jam kepada pemfitnah beliau yang juga Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa, menguatkan lagi semangat jentera BN sekaligus ia boleh membuka mata rakyat yang selama ini tertutup dengan melihat hanya Husam yang sentiasa tampil menyaman.
 
Husam dalam satu dakwaan beliau menyebut kononnya Mustapa telah memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini. Dakwaan itu dibuat ketika berucap melancarkan gerakan 'K' kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Diatas dakwaan fitnah itu, Mustapa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

"Kita akan hantar dalam tempoh terdekat surat berdaftar kepada Exco kerajaan negeri ini (Husam), portal harakahdaily.net iaitu ketua pengarang dan pengarangnya, kerana mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti dan imej saya, saya pandang berat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam ketegasan sama Mustapa selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang selama ini hanya berdiam diri apabila difitnah turut memberi peringatan sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

"Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut," katanya.

Kali ini nasib Husam terus terumbang-ambing, ura-ura nak lari bertanding di Putrajaya entah apakah perkembangannya, namun dikhabarkan tindakan Husam untuk mendapat perhatian dan meraih populariti itu tidak dilayan dek terselam dengan isu yang lebih besar, apakan daya, semua langkahnya tidak menjadi sepertimana semua projeknya. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - YB Pas Jadikan Memfitnah Rosmah Satu Ibadah, Bil Elektrik RM700,000 Sehari, Dasyat

Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh, namun sejauh mana firman Allah itu dihayati oleh para pejuang yang mengaku berjuang demi Islam.

Pas merupakan parti yang mengaku memperjuangkan Islam, sehinggakan menyokong Pas itu dikatakan mendapat pahala, namun sejauhmana kepercayaan itu maka sejauh itu jugalah kesesatan terhadap orang-orang yang mempercayainya.

Memfitnah Rosmah Mansor yaitu isteri kepada Perdana Menteri sudah menjadi satu ibadah didalam kepimpinan Pas, amalan ini sangat membimbangkan kerana ianya dilihat telah diwariskan kepada generasi muda, penyebaran fitnah ini berlaku tanpa sedikitpun perasaan takut kepada Allah mahupun kepada undang-undang didalam negara ini.

Tapi harus diingat, rakyat negeri Kelantan bukanlah sebodoh YB Pas untuk mempercayai segala cerita-cerita fitnah yang dihamburkan kepada Rosmah, sejenak kita berfikir kenapa disebut sebagai rumah Rosmah  Kenapa tidak rumah Najib ? Apa motif mereka yang sebenar ?

Se'benak' mana otakpun sukar untuk menerima penggunaan air yang dikatakan berjumlah RM 100,000 sehari manakala elektrik pula RM700,000 sehari. Tapi itulah tahap pemikiran Pemimpin Pas yang telah memenangi pilihanraya sebelum ini di Kelantan. Tidak malukah kita orang Kelantan jika dianggap tertipu dengan pembodohan setahap itu sehingga terpedaya dan mengundi Pas.

Kalau dikatakan penggunaan air dan elektrik sebanyak itu dalam tempoh sehari, rasanya terlalu bodoh untuk Gk mencari fakta dan menampilkannya disini, cukup sekadar menapis ia dengan kotak fikir yang waras dalam menilai tohmahan yang langsung tidak berasas itu.

Bak kata orang, 'kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi', begitulah yang berlaku dalam isu ini, Adun Pas, YB Che Abdullah adalah pemimpin yang bertanggungjawab merekrut anak muda didalam Pas untuk memfitnah Rosmah Mansor, namun motifnya belum dikenalpasti, mungkinkah perasaan iri hati kerana isteri beliau tidak secantik dan sepintar Rosmah ?

Atau beliau sengaja ingin mencabar kewibawaan seluruh cybertrooper BN untuk menyerang peribadi isterinya ? Jika kita tidak ingin isteri kita dipermalukan janganlah kita mempermalukan isteri orang lain, mereka juga ada perasaan, sebagai pemimpin sepatutnya tunjuklah akhlak yang baik, kerana jika orang lain buruk itu tak bermakna kamu mesti baik.

Berhubung tohmahan YB Abdullah mengenai penginapan hotel Rosmah yang bernilai RM140,000 untuk satu malam juga berunsur fitnah, sepertinya cerita dongeng Cinderella, beliau mengatakan Rosmah amat marah bilamana mengetahui bilik yang disewa bernilai RM140,000 itu bukan bilik yang paling mahal di hotel tersebut, kahkahkah, lawak sungguh YB cacar marba ni. 

Rakyat Kelantan pilih jadi wakil rakyat bukan suruh jaga Rosmah, tapi jaga rakyat dikawasan anda wahai YB, atau sudah cukup sempurnakah rakyat dikawasan anda itu ? Cukuplah politik jumud ini diamalkan, ia sangat memalukan, rakyat Kelantan wajib bertindak dan hentikan fitnah seperti ini dari berterusan menular dan menjadi barah dalam masyarakat kita. Sedarlah Pas bukan Islam tapi syiah yang akan memusnahkan Islam. Anda Mampu Mengubahnya.