Masalah kekurangan bekalan air di Kelantan adalah satu isu lapuk yang sering dibangkitkan tanpa mengira musim samada ianya sebelum PRU ataupun selepas, ini kerana isu berkenaan adalah satu permasalahan pokok yang benar-benar dihadapi oleh rakyat dinegeri tersebut, dan ia bukan sekadar isu yang dipolitikkan sebagaimana tuduhan kerajaan negeri sebelum ini.
Bagaimana lapuk pun isu air ini, ia wajib diselesaikan oleh kerajaan ekoran kemudaratan yang timbul dari permasalahan itu kian meruncing, daripada masalah sukar untuk mandi wajib sehinggalah kepada masalah kesukaran untuk memandikan jenazah, dan kini kekurangan bekalan air itu juga merupakan antara faktor dimana kesukaran pihak bomba untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebagaimana yang dapat dilihat pada rakaman video dibawah.
Minggu lalu turut dilaporkan mengenai kebakaran yang melibatkan 7 buah rumah, selanjutnya disini. Semalam pula sebanyak 15 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran rumah dua tingkat, di kampung Sungai Baru, Pengkalan Chepa.
Kejadian pada jam 5.30 petang itu menyebabkan kesemua barangan dalam rumah gagal diselamatkan ekoran api yang merebak begitu pantas.
Mangsa, Noridah Jusoh, 45 berkata, ketika kejadian, dia berada di luar bersama suami, Zulkifli Hassan,45 di beranda rumah berehat sambil minum petang.
�Saya hanya menyedari api bermula berdekatan dengan tong gas selepas anak sulung Zahirah Zulkifli, 25, yang berada di dapur menjerit meminta tolong.
�Mujur suami, turut membantu menyelamatkan lebih empat lagi tong gas yang berada berdekatan, jika tidak mungkin ia akan meletup ,, bagaimanapun dia turut terkena serpihan api dan melecur di lengan kanan, katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.
Noridah yang merupakan peniaga laksa di pasar Chabang Tiga Pengkalan Chepa berkata, ekoran kejadian itu dia mengalami kerugian lebih RM500,000.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdul Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.40 petang dan tiba lima minit kemudian.
�Dengan dua jentera dari Kota Bharu dan Pengkalan Chepa serta dua tangki air, api berjaya dikawal, dan kita mengalami kesukaran akibat tidak cukup bekalan air,� katanya.
Abdul Jalil berkata, ekoran ketiadaan air mereka terpaksa menyedut air sungai di belakang kediaman terbabit di samping meminta bantuan kem 21 RAMD untuk mendapatkan bekalan.
�Kita masih siasat punca kejadian dan kerugian akibat kebakaran dan menghantar pasukan penyiasat untuk melakukan siasatan berhubung kejadian ini,� katanya.
沒有留言:
張貼留言