Apa yang lebih menarik lagi, beliau masih lagi tinggal di rumah kecil dan menjalani kehidupan biasa sama seperti sebelum beliau menjadi jutawan tanpa diduga.
Semuanya bermula apabila Tyrone Curry berjaya memenangi loteri tujuh tahun lalu yang bernilai 3.4 juta US Dollar (kira-kira RM10.3 juta). Bagi kebanyakan orang, apabila mendapat berita memperoleh wang sebanyak itu, mungkin mereka akan cepat-cepat berhenti kerja sebagai tukang cuci dan pergi enjoy, namun tidak bagi beliau.
Sebaik beliau mendapat tahu tentang berita tersebut, Tyrone meneruskan kerjanya membersihkan halaman sekolah seperti biasa dan pada petangnya beliau meraikan kejayaan itu dengan bermain bowling bersama rakan-rakannya, aktiviti yang sering dilakukannya setiap minggu selama 25 tahun sebelumnya. Wang yang diperolehinya digunakan untuk melangsaikan hutang, memasang pagar di rumahnya dan pam air panas, serta membina laluan masuk ke rumahnya untuk kereta lamanya.
Ditanyakan kenapa beliau masih bekerja sebagai tukang cuci di sekolah tersebut, bangun pada pukul 4 pagi setiap hari sedangkan dengan wang yang diperolehinya beliau mampu membeli barang-barang mewah, Tyrone berkata, "anda haruslah teruskan bekerja, itulah adalah prinsip saya. Kadang-kadang makanan tengahari yang saya sediakan untuk pelajar di sekolah adalah satu-satunya makanan yang mereka (pelajar-pelajar miskin) dapat nikmati."Selain itu, sebahagian besar wang yang dimenanginya disumbangkan untuk kebajikan sekolah tempatnya bekerja. Beliau yang juga merupakan jurulatih bagi pasukan olahraga di sekolah tersebut telah menyumbangkan 40 ribu dollar untuk membina trek olahraga baru dan bercadang membelanjakan lagi untuk gelanggang tenis.
Beliau juga membiaya yuran pengajian bagi ketua pasukan olahraganya, DeVante Botello yang ditinggalkan oleh bapanya manakala ibunya baru sahaja meninggal dunia. "Jurulatih adalah manusia terhebat yang akan saya temui sepanjang hidup. Dia merupakan hero saya, hero sebenar", kata Botello.

沒有留言:
張貼留言