2013年9月24日 星期二

SERIUS - PADERI DITAHAN DENGAN 2998 NASKAH AL QURAN YANG DISIMBAH MINYAK TANAH

Pastor Terry Jones ialah paderi Kristian yang dua tahun lalu menimbulkan kontroversi selepas mengugut mahu membakar 200 naskahAl Quran sebagai tanda protes terhadap keganasan Islam. Beberapa jam yang lalu beliau ditahan oleh pihak berkuasa dan mereka menemui 2998 naskah Al Quran di belakang trak milik beliau yang lencun disimbah minyak tanah. Apabila disoal siasat Terry berkata beliau bercadang untuk membakar kita suci umat Islam ini di kawasan awam sempena ulang tahun 911.


Menurut Terry setiap naskah Al Quran yang akan dibakar mewakili "2998 mangsa yang terkorban pada tanggal 11 September 2001 kerana keganasan Islam". Yang kelakar disini ialah angka 2998 yang terkorban pada hari tersebut termasuk 19orang pengganas yang merampas pesawat. FAIL! Pada awalnya Terry mahu membakar Al Quran ini ditempat awam tetapi pihak polis enggan memberikan beliau permit. Ada kemungkinan beliau cuba juga mahu membakar Al Quran di tempat awam tanpa permit. Trak milik beliau dan naskah Al Quran yang ditemui kini disita oleh pihak polis Florida


Laporan asal LATimes

沒有留言:

張貼留言