2013年3月31日 星期日

COOL : 21 Gambar Tempat Menakjubkan Seluruh Dunia Diambil Dari Satelit

Gambar satelit yang diambil oleh NASA ini menunjukkan kepada kita betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan ini dan kadang-kadang keindahan tersebut akan semakin terserlah apabila kita melihatnya dari angkasa. Cuma sayangnya tak mustahil semua keindahan ini akan lenyap daripada pandangan apabila kita tak henti-henti melakukan pencemaran alam sekitar.

1. Pulau Bahama


2. Laut Hitam


3. Al Jazeera, Sudan
4. Byrd Glacier, Antartika

5. Delta Sungai Irrawadddy, Burma

6. Dubai, UAE

7. Dunes of Murzuq Desert, Libya

8. Golden Gate Bridge, San Francisco, US

9. Gulf of Alaska, US

10. Hawaii

11. Hells Canyon, Oregon, US

12. Rio Negro, Amazon, Brazil

13. Sirmilik National Park, Nunavut, Canada

14. New Caledonia

15. South Island of New Zealand

16. Sudan

17. Uluru, Australia

18. Uvs Lake, Mongolia

19. Sungai bawah tanah Iran

20. Water Basins in Virginia, US

21. Alaska

Sumber dari iliketowastemytime

WTF : Keindahan Penjara Lama Direnovasi Menjadi Hotel Mewah (14 Gambar)

Het Arresthuis merupakan sebuah bekas penjara lama yang terletak di Belanda dan berfungsi menempatkan banduan dari tahun 1863 hingga 2007. Penjara yang menempatkan sebanyak 150 buah sel ini telah direnovasi menjadi hotel mewah yang dilengkapi 36 bilik mewah dan 7 suites, termasuk 4 suites istimewa yang diberi nama The Director, The Jailer, The Lawyer dan The Judge, yang setiap satunya dilengkapi dengan perabot dan perhiasan mewah.

Manakala di bahagian tingkat bawahnya pula terdapat beberapa kemudahan lain seperti bar, Restaurant Damianz, sauna, gym, beranda yang dihiasi dengan pokok zaitun dan juga taman herba organik. Apabila melihat gambar-gambar di bawah, struktur penjara itu masih kelihatan cuma bahagian kemasan dan perabot dalaman sudah ditukar dan diperbaharui untuk menampakkan ciri-ciri sebuah hotel mewah.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di hotel berbeza daripada hotel-hotel konvensional sedia ada, hotel penjara ini mungkin menawarkan sesuatu yang bernilai.















Sumber dari Amuzing Planet

COOL : Rak Buku Unik Dengan Bentuk Ejaan BOOKS

Rak buku unik ini direka oleh Matt Innes, seorang graphic designer dan peminat seni typography dari Australia, dengan kerjasama seorang student design, Saori Kajiwara. Diperbuat daripada papan lapis daripada kayu birch, rak buku berbentuk ejaan 'Books" ini direka khas untuk dijadikan tempat menyusun buku-buku dengan gaya yang unik pada setiap huruf-huruf tersebut.

Anda mempunyai pilihan samada untuk menggunakan semua huruf tersebut mengikut susunan atau pun gunakannya secara berasingan di dalam rumah mahu pun di pejabat.

#OWSOME SIAK!








Sumber dari Fubiz

WTF : Seram Dan Mengerikan Untuk Filem Hantu

Untuk mempromosi filem seram bertajuk 'The Last Exorcism, Part II' yang akan ditayangkan tak lama lagi, satu kempen, atau lebih tepat lagi jika digelar satu prank jahat dan menakutkan telah dirancang di sebuah salon rambut. Prank yang menggunakan watak hantu daripada filem tersebut dilakukan dengan menakutkan pelanggan salon tersebut yang sedang memotong rambut, yang kesemuanya terdiri daripada pelanggan wanita.

#See this yo!



COOL : Kafe Di Taman Botani Yang Indah Di Iceland

Kafe yang terletak di sebuah taman botani di Akureyri, Iceland ini direka oleh sebuah firma senibina, Kollgata Arkitektur. Antara ciri menarik yang terdapat pada kafe ini ialah rekabentuk tingkapnya yang menyerupai sebatang pokok. Kafe ini dibina khas untuk meraikan ulang tahun ke-150 pekan Akureyri dan juga ulang tahun ke-100 taman botani tersebut, di mana ianya telah dirancang oleh majlis perbandaran Akureyri sendiri.

Objektif utamanya adalah untuk membina sebuah bangunan yang dapat melambangkan suasana dan semangat taman botani tersebut. Oleh itu, untuk menampilkan ciri-ciri tempatan dan warisan tapak tersebut, perabot-perabot yang disediakan adalah perabot lama keluaran tahun 50an dan 60an dahulu. Bukan itu sahaja, perabot tersebut juga adalah merupakan hasil kraf dari pengukir dan pereka tempatan yang berasal dari pekan Akureyri sendiri, yang kebanyakannya diderma oleh warga dan syarikat-syarikat tempatan.













Sumber dari Contemporist